TJC SABAH GA
11/05/2026
Dalam kehidupan ini pasti kita akan menemui masalah. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian dan memerlukan kebijaksanaan untuk menyelesaikannya. Jika cara penyelesaian betul, maka beruntunglah, tetapi jika cara penyelesaian salah, maka rugi.
"Percayalah kepada TUHAN dengan segenap hatimu, dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri." (Amsal 3:5)
Akui kehadiran-Nya dalam setiap langkah kita, maka Dia akan meluruskan jalan yang berliku.
Segala kemuliaan hanya bagi nama Tuhan 😇
07/04/2026
Syukur puji Tuhan! Pada 3 - 5 April 2026, Persahabatan Belia Zon Pantai Barat (PBZPB) telah berjaya dilaksanakan Gereja Yesus Benar Tinuhan. Seramai 194 belia telah berkumpul dan mengambil bahagian dalam persahabatan kali ini.
🌾 Tema tahun ini: “Lihatlah, Ladang Telah Menguning!”
Semoga api semangat yang telah dinyalakan sepanjang persahabatan ini terus membara dalam diri setiap belia. Mari kita terus teguh berjalan dalam kebenaran dan semakin giat melayani demi kemuliaan nama-Nya.
Diharapkan para belia terus bersemangat untuk menyertai persahabatan akan datang dan mempersembahkan diri dengan lebih berani untuk kerja Tuhan. Sampai jumpa lagi! 😇
感谢主!西海岸区青年联谊会(PBZPB)已在2026年4月3日至5日,于真耶稣教会京农限教会顺利举行。本次共有194位青年出席参与这次的联谊活动。
🌾 今年主题: “看哪,庄稼已熟了!”
愿在这次联谊会中所点燃的火苗继续在每一位青年的心中挑旺。让我们继续坚定地行在真理中,更加积极地服事主,以荣耀主的圣名。
盼望众青年继续踊跃参与未来各样的联谊会,也更勇敢地献上自己,为主所用。期待下次再见!😇
#真耶稣教会 #西区青年联谊会2026
"Adakah berdosa jika kita berkahwin dengan mereka yang belum percaya? Dan bagaimanakah p**a keadaannya jika pasangan tersebut akhirnya menerima Tuhan di kemudian hari?"
Perkahwinan bukan sekadar penyatuan dua hati, tetapi merupakan penyatuan dua jiwa dalam satu iman dan Tuhan. Melalui video ini, kita akan mengupas pandangan Alkitab mengenai isu ini dengan penuh kasih dan kebenaran. Mari kita fahami bagaimana kasih karunia Tuhan bekerja dalam sesebuah rumah tangga.
"Janganlah kamu merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tidak percaya..." (2 Korintus 6:14)
Mari kita sama-sama menghayati perkongsian berharga daripada mendiang Pendeta Yunias yang amat kita kasihi. Sila tonton sehingga tamat untuk penjelasan dan pesanan yang lebih mendalam buat kita semua.
Segala kemuliaan hanya bagi nama Tuhan 😇
Click here to claim your Sponsored Listing.