Faezrah Rizalman
17/03/2026
TERIMA KASIH DAUN KELADI.
Alhamdulillah. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Perwakilan yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dalam menentukan pimpinan parti ini untuk 3 tahun yang akan datang.
Saya sangat bersyukur atas kepercayaan Perwakilan yang menempatkan saya di tempat ke-5 dalam pemilihan kali ini. Apatah lagi kesemua Perwakilan yang mengundi adalah daripada Semenanjung Malaysia, dan itu isyarat penting kepada saya untuk berkhidmat kepada semua ahli MUDA, tanpa mengira bangsa, agama dan kawasan.
InsyaAllah, mandat yang telah diberikan ini adalah satu amanah yang sangat berat dan akan saya cuba laksanakan sebaik mungkin.
Kepada semua calon JKEP, tahniah kerana berani menawarkan diri. Kepada yang belum lagi berjaya terpilih, jangan lemah semangat, keep your head held high, kita bersama terus bina parti ini.
Dan kepada barisan JKEP yang baru, selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Semoga kita semua terus teguh bekerja dan berkhidmat.
BUDI . TARA . SERTA
Faezrah Rizalman
Naib Presiden, MUDA
2026/2029
Click here to claim your Sponsored Listing.