Underground Runners

Underground Runners

Share

Photos from Underground Runners's post 24/05/2026

🩸 PROGRAM DERMA DARAH: SEJUTA HARAPAN 🩸

"Setitis Darah, Sejuta Harapan. Kita Berlari, Kita Berbakti." ❤🏃🏃
Pihak Underground Runners (UGR) dengan kerjasama Kelab Sumber ingin menjemput seluruh warga Kuching untuk bersama-sama menjayakan program khidmat masyarakat ini. Kehadiran dan sumbangan anda mampu menyelamatkan nyawa!
Sila semak butiran program di bawah:

📅 Butiran Program:
• Tarikh: 6 Jun 2026 (Sabtu)
• Masa: 10.00 Pagi - 3.00 Petang
• Tempat: Tingkat 1, EMART King Centre,Kuching

💡 Peringatan Penting (Sila Bawa):

1. Wajib: Kad Pengenalan (IC) anda.
2. Buku/Kad Derma Darah: Sila bawa bersama (jika ada).
3. Saranan: Anda disarankan untuk mengambil makanan berat terlebih dahulu sebelum menderma.

📋 Garis Panduan Kelayakan (Sila Rujuk Gambar):
Sebelum datang, pastikan anda memenuhi kriteria asas ini:

• Layak: Sihat tubuh badan (tiada demam/selesema/batuk), berumur 18–60 tahun, berat badan 45 kg ke atas, dan mendapat tidur yang cukup (lebih 5 jam).

• Tidak Layak (Buat Sementara Waktu): Mengambil antibiotik dalam masa 2 minggu lepas, menderma darah kurang dari 3 bulan lalu, sedang haid/hamil, atau ada melakukan prosedur seperti bekam, akupuntur, tatu, cabut gigi, dan rawatan kosmetik (Botox/filler) dalam tempoh 6 bulan yang lalu.

(Untuk rujukan penuh kriteria kelayakan, sila lihat gambar 6. Pernah menjalani bekam, akupuntur, tatupiercing, atau cabalan gigi dalam tempoh 6 bulan yang lalu.Pernah menjalani prosedur kosmetik (seperti Botox, rawatan dermal filler) dalam tempoh 6 bulan.

Sumbangan Ikhlas:

Besarlah harapan kami dari pihak UGR jika ada yang ingin menyumbang secara ikhlas bagi membantu menjayakan program ini. Sumbangan anda akan digunakan untuk:

• Menampung kos penganjuran program.
• Pengurusan logistik & kelengkapan.
• Meningkatkan kesedaran derma darah dalam komuniti.
(Sila rujuk gambar BESARLAH HARAPAN KAMI DARI PIHAK UGR JIKA ADA YANG INGIN MENDERMA SECARA IKHLAS. untuk maklumat sumbangan)

📞 Pertanyaan & Sumbangan:
Hubungi Setiausaha Kelab di talian 012-8185663.

Bersama Kita Bantu, Bersama Kita Selamatkan Nyawa. Terima Kasih! 🙏✨

11/05/2026

"Selamat Hari Ibu buat semua suri hati kami! Terima kasih kerana sentiasa menjadi 'pacer' terbaik dalam kehidupan dan pemberi semangat paling kuat di garisan penamat. Terus melangkah hebat, ikhlas daripada kami di UNDERGROUND RUNNERS!"

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Klang