Brownkies

Brownkies

Share

𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐢 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐚𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐚𝐤-𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐈𝐬𝐭𝐢𝐦𝐞𝐰𝐚🌱 

Di sebuah kebun kecil di Jalan Tembusu, Shah Alam kedengaran tawa anak-anak istimewa bergema di bawah sinar mentari pagi. Di tangan mereka ada buah tembikai, ada roselle serta ada harapan yang sedang mereka semai.

Pada 23 Ogos lalu, saya dimaklumkan bahawa Warga PERKESO Klang bersama Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KLASIK) meluangkan masa bersama anak-anak istimewa di PPDK Sinar Harapan. Seramai 67 sukarelawan hadir bukan sekadar untuk memetik hasil tanaman, membaja, atau membersihkan kebun namun mereka hadir untuk menyentuh hati, menyelami dunia anak-anak ini serta belajar erti syukur melalui senyuman tulus mereka.

Sorakan kemerdekaan turut bergema, menyemarakkan semangat cintakan tanah air di samping mengikat rasa kebersamaan antara dua dunia, dunia pekerja PERKESO dan dunia anak-anak istimewa yang penuh warna.

"Kami bukan sahaja bersama mereka di kebun tetapi juga memastikan anak-anak istimewa ini dilindungi di bawah jaringan keselamatan sosial PERKESO melalui inisiatif Lindung Kendiri." Ini kata-kata penuh makna dari Pengurus Pejabat PERKESO Klang, Puan Thavamani a/p Ramalingam.

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada warga PERKESO Klang, Kelab KLASIK dan semua yang terlibat kerana bukan sahaja melaksanakan amanah yang diberikan tetapi turut menyulam kasih dalam setiap langkah.

Program yang berakhir dengan serahan hamper dan kotak prihatin itu mungkin kelihatan sederhana bagi segelintir orang namun saya percaya impaknya pasti besar. Ia menyalakan semula keyakinan bahawa kasih sayang dan kecaknaan mampu menjadi benih harapan yang akan terus tumbuh.

Kerana dari kasih yang kita semai bersama di situlah lahirnya harapan yang tidak pernah padam. 🌹

#PERKESOPrihatin #PERKESO2025 #PERKESOLINDUNGSemua #iLINDUNGu 19/10/2025

𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐢 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐚𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐚𝐤-𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐈𝐬𝐭𝐢𝐦𝐞𝐰𝐚🌱 Di sebuah kebun kecil di Jalan Tembusu, Shah Alam kedengaran tawa anak-anak istimewa bergema di bawah sinar mentari pagi. Di tangan mereka ada buah tembikai, ada roselle serta ada harapan yang sedang mereka semai. Pada 23 Ogos lalu, saya dimaklumkan bahawa Warga PERKESO Klang bersama Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KLASIK) meluangkan masa bersama anak-anak istimewa di PPDK Sinar Harapan. Seramai 67 sukarelawan hadir bukan sekadar untuk memetik hasil tanaman, membaja, atau membersihkan kebun namun mereka hadir untuk menyentuh hati, menyelami dunia anak-anak ini serta belajar erti syukur melalui senyuman tulus mereka. Sorakan kemerdekaan turut bergema, menyemarakkan semangat cintakan tanah air di samping mengikat rasa kebersamaan antara dua dunia, dunia pekerja PERKESO dan dunia anak-anak istimewa yang penuh warna. "Kami bukan sahaja bersama mereka di kebun tetapi juga memastikan anak-anak istimewa ini dilindungi di bawah jaringan keselamatan sosial PERKESO melalui inisiatif Lindung Kendiri." Ini kata-kata penuh makna dari Pengurus Pejabat PERKESO Klang, Puan Thavamani a/p Ramalingam. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada warga PERKESO Klang, Kelab KLASIK dan semua yang terlibat kerana bukan sahaja melaksanakan amanah yang diberikan tetapi turut menyulam kasih dalam setiap langkah. Program yang berakhir dengan serahan hamper dan kotak prihatin itu mungkin kelihatan sederhana bagi segelintir orang namun saya percaya impaknya pasti besar. Ia menyalakan semula keyakinan bahawa kasih sayang dan kecaknaan mampu menjadi benih harapan yang akan terus tumbuh. Kerana dari kasih yang kita semai bersama di situlah lahirnya harapan yang tidak pernah padam. 🌹 #PERKESOPrihatin #PERKESO2025 #PERKESOLINDUNGSemua #iLINDUNGu

𝐂𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐮𝐥𝐮𝐡 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡

Akan hadir pelangi selepas hujan. Teringat saya ungkapan ini apabila mendengar kisah Encik Syamsul Ambree yang merupakan penghantar kurier sebelum terbabit dalam kemalangan jalan raya di sekitar Lembah Klang.

Daripada suami yang kuat bekerja, segalanya berubah susulan kecederaan parah di kepala sehingga beliau hilang upaya dan punca pendapatan.Namun di dalam kegelapan itu, isterinya menjadi cahaya kecil yang tak pernah padam.

Isteri beliau mula menjahit pakaian untuk menyara keluarga sementara PERKESO hadir sinar pelangi menerusi program INSPIRE dengan menanggung sepenuhnya kos implan dan memberikan peluang kepada Encik Syamsul menjalani rehabilitasi menyeluruh di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Melaka.

Sedikit demi sedikit, insan cekal ini kembali belajar berjalan dengan semangat yang diperbaharui. Dari situ, lahirlah langkah baharu iaitu perniagaan kecil menjual kuih-muih tradisional yang diusahakan bersama isteri tersayang. Tatkala semangat itu kembali menyala, PERKESO melalui Program CAKNA Prihatin PERKESO-Tabung Haji hadir bersolidariti melalui Program Pengurusan Hilang Upaya (PHU).

Terima Kasih kepada Pengurus Pejabat PERKESO Klang, Puan Thavamani Ramalingam yang hadir menyampaikan peralatan perniagaan yang bukan sekadar bantuan tetapi simbol kebangkitan kerana setiap insan yang pernah rebah berhak untuk bangkit semula.

Inilah makna sebenar perlindungan PERKESO yang bukan hanya membantu di waktu sukar tetapi menyuluh jalan untuk mereka kembali melangkah dengan gagah.

#PERKESOLINDUNGSemua #PERKESOPrihatin 19/10/2025

𝐂𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐮𝐥𝐮𝐡 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 Akan hadir pelangi selepas hujan. Teringat saya ungkapan ini apabila mendengar kisah Encik Syamsul Ambree yang merupakan penghantar kurier sebelum terbabit dalam kemalangan jalan raya di sekitar Lembah Klang. Daripada suami yang kuat bekerja, segalanya berubah susulan kecederaan parah di kepala sehingga beliau hilang upaya dan punca pendapatan.Namun di dalam kegelapan itu, isterinya menjadi cahaya kecil yang tak pernah padam. Isteri beliau mula menjahit pakaian untuk menyara keluarga sementara PERKESO hadir sinar pelangi menerusi program INSPIRE dengan menanggung sepenuhnya kos implan dan memberikan peluang kepada Encik Syamsul menjalani rehabilitasi menyeluruh di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Melaka. Sedikit demi sedikit, insan cekal ini kembali belajar berjalan dengan semangat yang diperbaharui. Dari situ, lahirlah langkah baharu iaitu perniagaan kecil menjual kuih-muih tradisional yang diusahakan bersama isteri tersayang. Tatkala semangat itu kembali menyala, PERKESO melalui Program CAKNA Prihatin PERKESO-Tabung Haji hadir bersolidariti melalui Program Pengurusan Hilang Upaya (PHU). Terima Kasih kepada Pengurus Pejabat PERKESO Klang, Puan Thavamani Ramalingam yang hadir menyampaikan peralatan perniagaan yang bukan sekadar bantuan tetapi simbol kebangkitan kerana setiap insan yang pernah rebah berhak untuk bangkit semula. Inilah makna sebenar perlindungan PERKESO yang bukan hanya membantu di waktu sukar tetapi menyuluh jalan untuk mereka kembali melangkah dengan gagah. #PERKESOLINDUNGSemua #PERKESOPrihatin

18/10/2025

💼 Mencari kerja yang sesuai dengan kemahiran anda, bukan sekadar kerja biasa?

MYFutureJobs bantu anda padankan pekerjaan yang seiring dengan kemahiran dan minat, bukan sekadar berdasarkan CV!

✅ Lebih 25,000 peluang pekerjaan tersedia
🎯 Kaunseling kerjaya percuma
📈 Peluang upskilling & reskilling
🧠 Ujian personaliti untuk padanan kerjaya terbaik

Muat turun aplikasi MYFutureJobs hari ini dan mulakan langkah pertama menuju kerjaya impian anda!

Want your business to be the top-listed Convenience Store in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Klang