Klang INFO
12/02/2026
PELABUHAN KLANG, 11 FEBRUARI | 9 KONTENA BERISI E-WASTE DAN SISA YANG TIDAK DIBENARKAN DITEMUI
Agensi Kawalan dan Perlindungan
Sempadan (AKPS) Port Klang diketuai oleh Komander DCP Datuk Nik Ezanee Bin Mohd Faisal, telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sepuluh (10) buah kontena semalam di tapak pemeriksaan kontena Unit Scanner CT1
Pelabuhan Klang Barat.
Pemeriksaan ini turut disertai oleh AKPS-Port Klang
SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),
JAS (Jabatan Alam Sekitar),
LPK (Lembaga Pelabuhan Klang)
SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia),
Westports (Pelabuhan Barat).
Hasil pemeriksaan mendapati 7 kontena berisi eWaste, 1 kontena mengandungi bahan buangan terjadual dan 1 kontena mengandungi campuran sampah plastik dan kertas sementara 1 lagi mengandungi mesin industri (tiada bahan terlarang).
Kemasukan bahan buangan terjadual adalah dilarang sama sekali menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Jumlah berat dagangan ialah 195,720 kilogram dan negara pengeksport bagi kesemua kontena ini ialah Amerika Syarikat .
Tindakan BERTERUSAN akan dilaksanakan AKPS-PORT KLANG bagi memastikan Malaysia tidak dijadikan "tong sampah" dunia. Syabas kepada semua agensi yang terlibat dalam melindungi kelestarian alam sekitar dan kedaulatan sempadan negara!
Ada apa sebenarnya kat klang ni?
Click here to claim your Sponsored Listing.