Resepi Makanan Sihat & Rendah Kalori
26/08/2023
#2 Telur Separuh Masak
Yang terakhir dalam senarai ini, kita ada telur separuh masak yang terkenal sebagai menu sarapan yang sihat. Walaupun simple je menu ni tapi banyak khasiatnya untuk korang.
Antaranya, ia boleh membantu pembentukan otot, menurunkan berat badan, menguatkan daya ingatan dan lain-lain lagi.
Selepas ini, masa sarapan, korang boleh lah order telur separuh masak di restoran atau buat sendiri di rumah. Makan dengan kicap dan lada putih, confirm korang tak akan menyesal!
26/08/2023
26/08/2023
#1 Nasi Ayam
Makanan rendah kalori yang pertama dalam senarai ialah nasi ayam. Kalau korang s**a makan nasi ayam, korang boleh teruskan makan hidangan ini tetapi tengok-tengok jugalah portion yang korang ambil. Kalau terlalu banyak pun tak bagus.
Biasanya, dalam satu pinggan nasi ayam, korang akan dapat sumber karbohidrat dari nasi, sumber protein dari ayam dan sumber serat dari sayur-sayuran seperti timun atau salad.
26/08/2023
Satu kajian telah dibuat oleh Penyelidik Kanan James T. Becker, Prof Psikiatri, Fakulti Perubatan University Pittsburgh berkenaan khasiat ikan bakar atau panggang.
Becker menjelaskan mereka yang makan ikan bakar akan memiliki isipadu otak lebih besar pada bahagian memori dan kognisi.
Hasil penyelidikan yang dilakukan oleh beliau mereka yang makan ikan bakar sekurang-kurangnya sekali seminggu, memiliki isipadu korteks otak (grey matter) kira-kira 4.3 peratus lebih besar berbanding mereka yang tidak memakannya.
Bukan itu sahaja, tahap kognisi mereka lebih ke depan dan mempunyai tahap pendidikan tinggi.
Umum mengetahui, ikan turut mempunyai khasiat omega-3, vitamin B2, kalsium, mineral, zat besi, magnesium, kalium dan sebagainya lagi.
Selain itu, mereka yang memakan ikan bakar dapat mencegah terjadinya sakit jantung, penyakit kolesterol dan menyihatkan sistem kardiovaskular.
Sumber: Kesihatan.biz
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kampung Raja
22200