Ustazah Nora
07/09/2022
“KENAPA LUPA DIRI?“
Tiba satu masa kita akan sedar, bahawa yg kita perlu itu adalah *tenang*. Tak mahu fikirkan perkara-perkara yg rumit. Tak tertarik lagi pada keadaan yg tak jelas.
Cukup gembira jadi sederhana tanpa banyak *pura-pura*. Kita kehilangan ketenangan sendiri disaat berusaha membahagiakan orang lain.
Dulu kita selalu menafikan perasaan dan berbohong pada diri sendiri. Atau mungkin terlalu menjaga hati orang lain tapi tidak diri sendiri.
Terlalu ingin memenuhi ekspektasi orang lain. Hingga kita tak sedar kesannya. Tindakan yg menyebabkan kita semakin jauh dengan diri kita sendiri.
Sekian lama menjauh membuat kita rindu pada diri kita sendiri. Terlupa apa yg sebenarnya yg kita inginkan. Terlupa apa yg membuatkan kita gembira.
Setiap orang ada cara hidup masing-masing. Bahkan kadang-kadang si tukang motivasi hanya sedang berusaha melupakan kesedihannya sendiri.
_Salah kah kita, selalu fikirkan kebahagian orang?_
Tidak salah, cuma kadang-kadang dalam hidup ini, kena pentingkan diri sendiri juga. Sebab tak ada orang lain yg akan pentingkan kita.
Tak perlu bersusah payah berusaha nak puaskan hati semua orang. Sedangkan hati sendiri tiada yg pedulikannya. Hanya kita yg tahu hati kita.
Ya berkorban memang berkorban, cuma berpada-pada. Jangan sampai hidup terasa kosong. Buatlah sesuatu untuk mengembirakan hati kita.
*Kadangkala* kita perlu menyepi untuk mencari kekuatan diri yg telah hilang. *Adakala* kita perlu menyepi untuk mencari ketenangan. *Adakala* kita perlu menyepi untuk kebaikan diri kita sendiri.
Menyendiri lebih baik, jika bergaul dengan manusia tidak mendatangkan suatu kebaikan. Maka, menyendiri lebih selamat. Semoga bahagia itu milik kita semua.
Ikhlas,
Ustazah Nora
Admin Group
_Ustazah Nora_
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the practice
Address
Kampung Raja
22200