Anak Hebat Ibubapa Cemerlang

Anak Hebat Ibubapa Cemerlang

Share

08/09/2022

Kita berusaha untuk dapatkan sesuatu, namun sekian lama belum juga berjaya. Tak mengapa, teruskan lagi.

Jaga hati supaya kita tidak putus harap. Lebih kita takuti bila kita ragu kepada Allah.

Ingat ya, ragu kepada Tuhan itu adalah penyakit hati yang paling berbahaya. Ia menjadi punca lahirnya banyaknya penyakit hati yang lain.

Maka untuk berbaik sangka kepada Allah, mulakan dengan tidak meragui setiap takdir yang telah Tuhan aturkan buat kita.

Begitulah.

Love,
mamaIzah

28/08/2022

Tips untuk ibubapa semasa anak hadapi peperiksaan ❤️

✅ Solat hajat.
Kalau tengah kerja, boleh minta izin majikan 10 minit untuk buat solat hajat agar dipermudahkan anak-anak menjawab soalan.

✅ Mengucap syahadat dan selawat.
Ucaplah dua kalimah syahadah dan perbanyakkan selawat pada nabi s.a.w

✅ Baca Quran.
Mengajilah Quran semasa anak sedang menjawab soalan. InsyaAllah mereka akan tenang. Bacalah apa-apa surah pun.

Sekiranya kaum ibu tidak boleh sembahyang waktu anak sedang hadapi peperiksaan, banyakkan selawat pada baginda nabi s.a.w. Zikir banyak-banyak, dan jangan berhenti berdoa.

Doa seorang ibu setara dengan doa nabi terhadap ummatnya. Jangan pernah merasa penat untuk berdoa. Jangan lagi duduk bersembang kosong semasa anak sedang menghadapi peperiksaan.

Anak kita telah berusaha sehabis daya. Kita sebagai ibubapa kena juga ikhtiar sama. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat ibubapa yang ada anak yang akan menduduki peperiksaan.

Saya doakan anak-anak kalian berjaya dengan cemerlang.

" Berdoalah padaKu nescaya Aku perkenankan " - Al Mu'min ayat 60

T.me/FokusCemerlangPendidikan

10/08/2022

ALHAMDULILLAH
Always think positive for everthing you do. don't give up, just go on. Believe youself. Inn sya Allah everthing be okay.

06/08/2022

Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Penawar Anak Lambat Bercakap

1. Baca ayat tersebut dan hembus ke dalam mulut anak.

2. Boleh juga diamalkan dengan cara sebanyak 21 kali tiap2 kali lepas solat subuh, untuk otak cerdas, akal yg sempurna, dan menguatkan daya ingatan.

3. Doa dan ikhtiar yang terbaik adalah dari ibu bapanya sendiri. In Shaa ALLAH

06/08/2022

Assalamualaikum.. semoga bermanfaat😊

04/08/2022

Setiap ibu bapa mengimpikan anak yang cemerlang. Konsep anak yang cemerlang bukan hanya dari segi kejayaan duniawi sahaja, malah ia juga merupakan kejayaan dunia mahupun akhirat.

Anak adalah kurniaan dari Allah SWT yang tidak ternilai buat ibu bapa. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik dan membentuk anak-anak menjadi seorang insan yang berguna. Di dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa cara dalam mendidik anak menjadi cemerlang.

1.Didikan Agama

Anak yang cemerlang perlu diberikan dengan didikan agama yang kukuh. Selain menyediakan keperluan dunia buat anak-anak, ibu bapa juga seharusnya mengutamakan keperluan akhirat. Latih anak untuk mendirikan solat, berpuasa dan sering mendedahkan diri anak-anak dengan melakukan kebaikan dari umur mereka masih kecil lagi.

2.Jadilah teladan yang baik buat si anak

Setiap tindakan ibu bapa akan menjadi contoh buat si anak. Jika ingin mendidik anak untuk menjadi yang terbaik, maka anda perlu menunjukkan contoh yang baik terlebih dahulu. Setiap perbuatan ibu bapa secara automatik akan menjadi ikutan buat anak. Sebagai contoh, jika ingin mendidik anak dalam menunaikan solat 5 waktu, anda sebagai ibu bapa perlu melakukannya terlebih dahulu.

3.Luangkan masa bersama

Ingatlah bahawa anak-anak yang sedang membesar amat memerlukan kasih sayang dan sokongan dari kedua ibu bapa mereka. Jadi sebagai ibu bapa, sesibuk mana anda sekalipun, luangkan masa anda bersama anak-anak agar mereka sentiasa riang dan berasa disayangi dan dihargai.

4.Amalan pemakanan

Mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan halal juga merupakan faktor penting dalam melahirkan anak yang cemerlang. Sebagai ibu bapa, anda perlu memastikan agar anak-anak anda mendapat makanan yang seimbang untuk tumbesaran yang sihat. Bila badan sihat, otak mereka akan lebih fokus dalam melakukan aktiviti-aktiviti harian.

5.Utamakan kebajikan anak

Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan kebajikan anak anda sentiasa terpelihara. Selain menyediakan keperluan asas untuk mereka, jangan sesekali abai akan soal keselamatan dan kesihatan mereka. Jadikan ia sebagai perkara penting yang perlu anda utamakan.

Berikut merupakan 5 cara dalam mendidik anak menjadi cemerlang. Ingat, bukan hanya cemerlang di dunia, malah di akhirat juga. Jangan pandang remeh!

sumber :Baitulmuslim

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kampung Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

Kampung Raja, Besut
Kampung Raja
22200