Parti Keadilan Rakyat Cabang Kampar

Parti Keadilan Rakyat Cabang Kampar

Share

03/06/2026

JEMPUTAN KE KURSUS ASAS SERVIS AIRCOND

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Masjid Al-Hidayah Kampung Batu 8 dengan sukacitanya menjemput seluruh masyarakat untuk menyertai Kursus Asas Servis Aircond yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Dewan Masjid Al-Hidayah, Kampung Batu 8

Kursus ini sesuai untuk mereka yang ingin menambah kemahiran asas dalam penyelenggaraan dan servis penghawa dingin, sama ada untuk kegunaan sendiri mahupun sebagai peluang menjana pendapatan.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua.
Jom rebut peluang menimba ilmu dan kemahiran yang bermanfaat.

"Ilmu dipelajari, kemahiran dicari, peluang dibina."

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesejahteraan, keafiatan dan keberkatan kepada Kebawah Duli Tuanku dalam memayungi rakyat serta memimpin negara ke arah kemajuan dan kemakmuran negara.

Photos from Parti Keadilan Rakyat Cabang Kampar's post 29/05/2026

PROGRAM IBADAH KORBAN KEADILAN CABANG KAMPAR

29 Mei 2026 | Kampung Batu 7, Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah
Alhamdulillah, Program Ibadah Korban anjuran Parti Keadilan Cabang Kampar telah berlangsung dengan lancar dalam suasana penuh semangat gotong-royong dan ukhuwah.

Terima kasih kepada tuan rumah, Sdr. Fazar Jaja, serta pimpinan cabang termasuk Ketua AMK, Sdr Aidy Azril dan Ketua Wanita KEADILAN Cabang Kampar, Puan Salamah Baharie yang turut hadir bersama menjayakan program ini.

Penghargaan juga buat semua sahabat dan sukarelawan yang hadir membantu dari awal hingga selesai. Semoga segala usaha dan pengorbanan ini diberkati serta mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kampar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Kampar