MyBusra
29/12/2021
BAH BESAR PENUTUP 2021
Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ
“Barang siapa melepaskan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa memudahkan orang yang kesulitan, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat, dan Allah akan senantiasa menolong seorang hamba, selama hamba tersebut menolong saudaranya.” [HR. Muslim dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu]
Oleh itu, Persatuan Peruncit Dan Pembekal Bumiputera Malaysia (MyBusra) telah merangka pelan dan menghantar beberapa kump**an sukarelawan beserta pelbagai jenis bantuan serta sumbangan yang diberikan ikhlas daripada ahli MyBusra serta ramai usahawan yang dermawan. Bantuan diberikan adalah barang keperluan seperti bantal, pakaian, alatan mandi, air mineral dan barangan lain dengan harapan dapat menggantikan barangan keperluan mereka yang telah rosak ditenggelami banjir lumpur dan memudahkan urusan harian mereka.
Walaupun pada awalnya kedatangan kami menimbulkan ketidaksenangan segelintir pihak, kami sangat memahami berkemungkinan mereka sudah muak dengan sikap sesetengah pihak yang datang sebelum kami atas dasar publisiti semata-mata. Masa berjalan daripada minit ke jam, akhirnya kami dapat mula melakukan tugas pembersihan dan pengagihan barangan keperluan di kawasan yang telah diberikan kepada kami.
Pelbagai kisah yang meruntun jiwa dikongsikan kepada kami semasa tugas pembersihan giat dijalankan antaranya suasana semasa berlakunya banjir, suasana selepas berlakunya banjir dan suasana semasa misi pencarian. Walau ujian yang mereka alami sangat berat, mereka tetap mampu memberikan senyuman yang manis dan meyakini bahawa ada hikmah disebalik semua yang telah berlaku.
Terima kasih rakyat Bentong dan semoga kita dapat bersua lagi di masa akan datang.
Persatuan Peruncit dan Pembekal Bumiputera Malaysia.
20/10/2021
TERTUTUPNYA BAZAAR KERANA PERINTAH
Bukanlah tujuan untuk membuat perbandingan, akan tetapi bila diperhatikan kebanyakkan bazaar yang ada di Malaysia ini masih lagi menggunakan cara lama yang sama iaitu hanya berniaga secara fizikal semata. Kecuali, Bazaar Tok Guru di Kelantan. Bagi yang pernah sampai sana, adakah anda perasan bahawa keadaan di sana berbeza dengan bazaar yang lain?
Nak tahu apa yang berbeza?
Salah seorang peniaga di tingkat 2 bangunan tersebut pernah ditanya, “Kenapa tiada siapa jual di tingkat ini?”
Jawapannya adalah, “Sebab mereka semua berniaga secara online je sekarang ini. Ada yang buat Live, ada juga yang uruskan official website company (lebih dikenali sebagai E-Commerce). Kedai yang Encik tengok ini hanya tempat untuk mereka simpan dan ambil stok sahaja. Mereka tidak jual kepada orang yang datang sebab kesemuanya sudah bertuan, tinggal deliver sahaja.”
Lebih mengejutkan lagi adalah, perbualan ini berlaku betul-betul sebelum Covid-19 melanda negara ini.
Jadi, persoalannya disini adalah mereka sudah buat, bagaimana dengan anda? Adakah mahu stay dengan cara yang sama atau move on sekarang juga? Renungkanlah..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Kajang
43000
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 06:00 |
| Tuesday | 10:00 - 06:00 |
| Wednesday | 10:00 - 18:00 |