MIROSārt
25/11/2023
Lebih 60 karya kartunis antarabangsa dipamer di TAR UMT 29 November-13 Disember | Berita Harian KUALA LUMPUR: Kartun yang dihasilkan kartunis terkenal dari Poland, Izabela Kowalska-Wieczorek akan dipamerkan di Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), bermula Rabu ini hingga 13 Disember.
13/09/2023
Gambar Timbalan Menteri Pengangkutan YB Datuk Haji Hasbi Haji Habibollah adalah antara potret-potret yang dirakamkan dengan menggunakan 'Afghan camera box' yang dihasilkan oleh MIROSārt.
Datuk Haji Hasbi telah merasmikan Program Karnival Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) sempena Asean Road Safety Week 2023 yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) di Rekascape, Cyberjaya hari ini.
ASEAN Road Safety Week berlansung dari 11-15 September.
Datuk Haji Hasbi telah memilih untuk mempromosikan idea 'Saya pengguna jalan berhemah' bagi mengingatkan pengguna jalan supaya sentiasa berhemah apabila menggunakan jalan raya.
Kamera kotak Afghan diperbuat daripada kotak kitar semula dan menggunakan lensa kamera format besar (large format camera).
Kamera ini menghasilkan 'negatif' pada kertas cetakan gambar hitam putih yang diproses terus di dalam kamera itu sendiri.
Kamera kotak Afghan popular di Afghanistan semasa peperangan.
Kamera ini dibina dan dikendalikan oleh kakitangan MIROS@rt Muhammad Hariz Abdullah dan Yusof Ghani bagi mempromosikan keselamatan jalan raya melalui seni fotografi.
Click here to claim your Sponsored Listing.