Academic Management Division - AMD
27/02/2026
Pada 26 Februari 2026 (Khamis), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan Sesi Kunjungan Hormat bersama pihak AMD bertempat di Bilik Mesyuarat AMD, Bangunan F54.
Sesi ini dimulakan dengan pengenalan organisasi dan barisan kepimpinan MPP, diikuti dengan sesi pertukaran idea serta perancangan bersama. Turut dibincangkan adalah isu-isu berkaitan pelajar, cadangan penambahbaikan serta potensi kerjasama pada masa hadapan.
Semoga pertemuan ini menjadi platform yang bermanfaat dalam memperkukuh hubungan kerjasama serta memperkasakan kebajikan dan perkhidmatan kepada pelajar.
Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua.
11/02/2026
🌱 UTM DIIKTIRAF RTI, MEMACU BAKAT PERALIHAN TENAGA MALAYSIA
UTM melakar sejarah apabila muncul sebagai universiti penyelidikan pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan Registered Training Institution (RTI) daripada Suruhanjaya Tenaga. ⚡🎓
Menerusi pengiktirafan berprestij ini, UTM bakal menawarkan program Sarjana yang diiktiraf secara profesional dengan pensijilan Registered Energy Manager (REM), sekali gus membuka laluan kepada graduan untuk menjadi pengurus tenaga bertauliah di peringkat nasional.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan UTM dalam memperkukuh pembangunan bakat dalam bidang peralihan tenaga, selari dengan agenda kecekapan tenaga dan tenaga boleh baharu di bawah Dasar Peralihan Tenaga Nasional (NETR). 🌱
Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, Kerangka Ekonomi MADANI dan RMK13, UTM terus mengukuhkan peranannya sebagai peneraju pendidikan dan penyelidikan tenaga negara. ✨
Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the university
Website
Address
Johor Bahru
81310
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |