Khidmat Rundingcara Peguam Syarie
05/08/2023
Anda ada Masalah Harta Pusaka?Jangan risau kami boleh bantu memudahkan urusan anda‼️‼️.Hubungi kami segera di 👇👇👇
𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐔𝐍𝐓𝐔??𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐀𝐍𝐃𝐀!!!
𝑊ℎ𝑎𝑡𝑠𝑎𝑝𝑝 / 𝐶𝑎𝑙𝑙𝑘𝑎𝑚𝑖 𝑑𝑖 :
Wasap.my/013-419 4743/Khidmatpeguam
14/02/2023
Seorang suami dapat gaji RM 3500 sebulan.
Tibanya hari gaji, terus dibuka ‘online banking’ untuk dilihat baki akaun yang tinggal.
Bila dah nampak ‘confirm’ duit gaji dah masuk, terus diurus dan selesaikan hutang-hutang yang telah sedia menanti setiap kali dapat gaji.
Kereta – RM 600
Minyak kereta – RM 400
Tol - RM 150
Rumah - RM 1450
Bil eletrik & air - RM 120
Bil telefon - RM 90
Bil internet – RM 80
Barang Dapur – RM 400
Balance yang tinggal hanyalah RM 210 untuk hidup selama sebulan.
Saya terfikir bagaiman si suami nak meneruskan kehidupan bekerja selama sebulan. Adakah di pejabat dia tak makan? Adakah di pejabat dia terpaksa menahan diri daripada apa-apa perbelanjaan yang muncul secara ad-hoc?
Bagaimana p**a kalau kereta tiba-tiba rosak? Bagaimana kalau tiba-tiba demam atau ada ahli keluarga yang sakit?
Sebagai isteri, kalau anda bekerja, maka tanya-tanyalah khabar kewangan suami anda bagaimana. Ambil lah tahu. Jangan sesedap hati berbelanja tanpa merujuk kepada suami anda.
Dalam program saya, saya s**a bertanya kepada peserta wanita. “Kenapa puan bekerja?”
Kebanyakan ada yang menjawab, kerana nak bantu keluarga. Soalan saya, bila suami susah, bantu suami tak?
Sama juga dengan kira-kira diatas, maka saranan saya bantu lah suami ringankan beban.
Walaupun dari segi agama nafkah adalah tanggungjawab lelaki, tetapi menjaga keharmonian rumahtangga adalah usaha bersama. Jadi bantulah agar para suami juga tenang dan terjaga rumahtangga.
Isteri pun sebenarnya dapat bekerja dengan keizinan suami, maka tanpa izin suami, maka dibimbangi kerja yang dilakukan selama ini dalam keadaan berdosa.
Suami p**a, bentangkanlah kewangan anda kepada isteri bukan atas dasar takut bini, tetapi untuk memberi kefahaman tentang keadaan kewangan anda agar isteri memahami situasi sebenar.
Usahlah bersifat ego. Jangan menanggung beban kewangan dan emosi secara berseorangan. Kerana sampai pada satu tahap, emosi anda akan ‘burn out’ kerana sudah tidak lagi mampu bertahan.
Apabila ini berlaku, maka semakin lama anda semakin pudar cinta, hilang selera, kurang bernafsu dan berhubungan dengan pasangan. Kurang komunikasi dan emosi. Apatah lagi apabila isteri asyik bertanya dan bersoal jawab.
“Awak ni baru dapat gaji je dah takde duit. Awak buat apa sebenarnya? Saya nak ajak balik kampung pun susah. Awak berkira sangat dengan saya kenapa? Awak ada perempuan lain ea?”
Sifirnya mudah, sayangkan pasangan dan rumah tangga? Maka susah senang berkongsi bersama. Biarlah perasaan cinta dan sayang dalam keluarga mengatasi ego dan maruah. Apa guna mempertahankan ego tetapi akhirnya meruntuhkan?
Sumber : fadzliaziz
𝗣𝗘𝗥𝗘𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗞𝗔
KISAH perebutan harta pusaka berlaku di mana-mana dan ini satu kisah perebutan harta pusaka melibatkan enam orang waris yang tidak mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan harta pusaka peninggalan arwah ayah dan ibu mereka.
Hubungan adik-beradik ketika si ibu dan ayah masih ada sangat baik. Hubungan rapat di antara anak-anak menyebabkan si ibu dan ayah berasa lega, jika suatu hari nanti ditakdirkan mereka menutup mata buat selama-lamanya, anak-anak mampu menyelesaikan dan membahagikan harta yang ditinggalkan secara baik.
Tetapi langit tidak selalu cerah dan panas disangkakan hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Hubungan yang rapat selama ini tercemar apabila ketidakpuasan hati dalam isu pembahagian harta yang diberikan oleh ibu dan ayah mereka kepada adik-beradik lain dipendam dalam diam.
Rupa-rupanya ada di antara mereka menyimpan rasa tidak puas hati terhadap adik-beradik lain tetapi perasaan itu disimpan kerana menghormati ayah dan ibu.
Ketidakpuasan hati dan pertelingkahan kecil merebak menjadi besar dan perasaan dendam, kecil hati mula bersarang di hati. Dendam menjadi lebih parah apabila ibu bapa meninggal dunia.
Jenazah arwah belum lagi dikebumikan tetapi anak-anak sudah bergaduh di hadapan jenazah.
Walaupun si ibu sudah meninggal dunia 16 tahun lepas tetapi pertikaian yang terjadi tidak nampak sebarang penyelesaian.
Ini di antara kisah perebutan harta pusaka yang sering kita dengar dan perebutan ini tidak hanya melibatkan harta yang banyak tetapi harta sedikit pun menjadi isu perebutan keluarga.
“Dan ketahuilah bahawa harta dan anak-anak kamu hanyalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jua pahala yang besar.” (Surah al-Anfal:28)
Pertikaian keluarga atau waris-waris berebut harta pusaka menyebabkan urusan pembahagian pusaka tergendala.
Pertelingkahan dan pertikaian yang berlaku sebelum kematian lagi, berlanjutan menyebabkan ada waris-waris enggan bekerjasama, menyebabkan proses pembahagian tidak dapat dijalankan dan diselesaikan dengan segera.
Kita sebagai umat Islam memandang remeh tentang keperluan membuat perancangan awal harta Islam. Masih ramai yang kurang memahami ilmu mewariskan harta. Ini disebabkan oleh sikap kita yang merasakan pengurusan harta tidak penting.
Kita beranggapan waris boleh menguruskan harta yang kita tinggalkan dengan baik, lagipun faraid sudah ditetapkan. Apa yang perlu dirisaukan. Tetapi kita lupa bahawa apabila kita meninggal dunia, semua harta kita akan dibekukan dan waris-waris faraid perlu melalui proses pentadbiran sebelum harta boleh diagihkan kepada yang berhak.
Kegagalan kita mengurus dan merancang harta Islam dengan baik semasa hidup boleh mengundang kepada:
1️⃣ 𝗪𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗹𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗽𝘂𝘀𝗮𝗸𝗮
Banyak kes pusaka tergantung dan tidak dapat diselesaikan apabila waris-waris tidak mencapai kata sepakat, siapa yang patut dilantik untuk menguruskan harta pusaka.
Pemilihan ini juga mengambil masa yang lama apabila ada waris-waris tidak bersetuju dalam pemilihan siapa yang harus bertanggungjawab atau siapa yang amanah dalam menjalankan urusan pengurusan pusaka si mati.
2️⃣ 𝗞𝗼𝘀 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘀𝗮𝗸𝗮
Waris tidak mahu mengeluarkan wang untuk pentadbiran pusaka. Semua menuntut harta pusaka peninggalan si mati tetapi untuk mengeluarkan wang bagi urusan pentadbiran, kos guaman dan sebagainya masing-masing berdolak-dalik dan akhirnya mengambil jalan mudah dengan membiarkan harta pusaka terbiar begitu sahaja.
3️⃣ 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮
Waris tidak mahu bekerjasama dan sengaja melengahkan pengurusan harta pusaka si mati. Harta si mati beku begitu lama disebabkan sikap tidak apa, tamak, pertikaian dan tidak mahu mengambil tahu.
Tiada persefahaman dan pertikaian yang berlarutan begitu lama maka banyak kes-kes pusaka melarat sehingga dua atau tiga generasi dan ada yang lebih daripada tiga generasi - pusaka berlapis.
4️⃣ 𝗛𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗥𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴
Hubungan kekeluargaan dalam kalangan waris-waris renggang dan berpecah belah gara-gara harta pusaka. Lebih menyedihkan hubungan keluarga putus, tidak boleh bertemu muka gara-gara perebutan harta disebabkan pertikaian, tidak berpuas hati dan merasa ketidakadilan dalam pembahagian pusaka.
Kematian itu pasti...
“Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasa mati.” (Surah al-Anbiya:35).
Kewajipan merancang pengurusan harta seharusnya perlu dibuat dengan bijak dan teliti kerana harta merupakan satu aspek penting dalam kehidupan.
Perancangan harta dan pengagihannya penting dan harus diberi penekanan.
Amalan yang dinamakan sebagai perancangan pengurusan harta ini bukan sekadar mengumpul, mengurus, membangunkan dan melindungi harta, sebaliknya harta dan kekayaan yang dimiliki harus dipastikan dapat diwarisi oleh waris-waris dengan sebaiknya tanpa menimbulkan kesulitan dan kesusahan kepada waris yang layak menerimanya.
𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐔𝐍𝐓𝐔??𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐀𝐍𝐃𝐀!!!
𝑊ℎ𝑎𝑡𝑠𝑎𝑝𝑝 / 𝐶𝑎𝑙𝑙𝑘𝑎𝑚𝑖 𝑑𝑖 :
Wasap.my/60134194743/Khidmatpeguam
30/01/2023
Menjadi seorang suami adalah cita-cita saya dari kecil.
Saya hidup menjadi manusia yang penuh rasa tu dalam hati.
Saya melihat bagaimana ayah bangun awal pagi, bangun sebelum ibu dan adik-adik lain, ayah akan solat dan menangis dalam sujud dan doanya.
Ayah akan buka dompet, mengira duit yang kadang hanya ada syiling sahaja.
Ayah akan letak di atas meja untuk belanja dapur, dan atas TV untuk belanja sekolah. Sebelum subuh ayah dah keluar mencari rezeki.
Kadang ayah keluar bawa saya dan adik-adik lain bila ibu marah-marah kerana kepenatan, masa tu ayah akan tarik semua masuk dalam kereta, dan ayah bawa ke taman.
Ayah belikan burger dan ayah akan selalu cakap,
"Jangan buat umi penat. Kesian dengan umi. Umi tak salah. Ayahlah yang salah"
Balik rumah, tengok-tengok rumah dah kemas, umi dalam bilik menangis.
Ayah minta bawa adik-adik masuk bilik.
Ayah selalu pesan, jangan bising-bising. Nanti umi marah lagi. Umi penat tu.
Dan sepanjang hidup, apa pun salah umi, ayah selalu cakap salah ayah. Jangan buat umi penat. Sayang umi selalu. Doakan umi.
Saya memang tak faham masa tu, cuma di mata saya, ayah adalah hero yang selalu menenangkan keadaan.
Dan setiap hari, saya hidup dengan lelaki yang baik iaitu ayah saya sendiri.
Saya jatuh hati dengan kebaikan ayah.
Malah kalau di ofis dia, ayah selalu duduk dengan stafnya, ayah selalu belanja mereka makan, ayah selalu selesaikan masalah pekerja terutama pekerja wanita yang bermasalah dengan anak-anak dan suaminya.
Hari ini, saya menjadi seorang suami.
Saya juga menjadi seorang ayah.
Dan saya merasai segala apa yang ayah lalui membesarkan keluarganya sendiri.
Saya faham kenapa kadang isteri marah, isteri kadang tekanan, isteri kadang terasa dengan saya, dan pelbagai karenah dan ragamnya.
Saya tak pernah bertanya apa yang isteri mahu, kerana saya yang perlu lakukannya dulu.
Ayah selalu pesan,
"Selagi kita tidak habis airmata, maka itu tanda kasih sayang Allah tak pernah berhenti buat kita"
Suami, mungkin insan yang kurang berkata, namun mereka insan yang tak pernah kurang berusaha. Maaf kerana selalu lupa, dan selalu alpa.
Tidak pernah berharap semuanya berhenti, kerna hanya dengan sabar buat hati ini mengerti.
Dan malam tadi hingga pagi ini, rindu p**a padanya.
Rasa hormat dan kasih ini takkan pernah hilang dan pudar padanya.
Selamat berjuang ayah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
NO.4B,TINGKATATAS-A-,JALANHOSPITALJITRA(SEBARISTABUNGHAJI/POSLAJU)06000JITRAKEDA