JPJ Negeri Perak

JPJ Negeri Perak

Share

15/06/2026

𝐀𝐃𝐕𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐀

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

Teruskan ikuti laman sosial rasmi JPJ Negeri Perak untuk sebarang informasi terkini.







✍🏻 oleh : PRO

Photos from JPJ Negeri Perak's post 12/06/2026

𝐎𝐏𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐀𝐒𝐈𝐍𝐆 (𝐏𝐞𝐖𝐀)

TAIPING, 12 Jun 2026 - JPJ Perak terus komited melaksanakan operasi penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan jalan raya terjamin serta mengurangkan risiko kemalangan akibat kenderaan yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam operasi hari ini yang dilakukan oleh anggota operasi JPJ Cawangan Taiping, 2 buah motosikal telah berjaya ditahan dan diperiksa. Hasil pemeriksaan juga mendapati pemandu tersebut merupakan warga asing.

Kesalahan dikesan :

➡️ Tiada Lesen Mamandu (CDL)

Motosikal tersebut telah disita di bawah Sek.64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke depoh sita JPJ Cawangan Taiping.

JPJ Perak akan terus mempertingkatkan operasi penguatkuasaan di seluruh negeri bagi memastikan undang-undang dipatuhi oleh semua pengguna jalan raya.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

Teruskan ikuti laman sosial rasmi JPJ Negeri Perak untuk sebarang informasi terkini.







📸 oleh : JPJ Caw. Taiping

Photos from JPJ Negeri Perak's post 12/06/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝐁𝟐 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐒𝐋𝐈 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐇𝐔𝐋𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

GERIK, 12 Jun 2026 – Komitmen berterusan JPJ Negeri Perak dalam memastikan masyarakat luar bandar dan Orang Asli tidak tercicir daripada menikmati kemudahan pengangkutan yang sah dan selamat telah dizahirkan menerusi inisiatif yang dipelopori oleh Ketua Bahagian Pengujian dan Pelesenan Pemandu Negeri Perak, Tuan Muhamad Nazri Bin Hamzah, bersama-sama YB Dato' Salbiah Binti Mohamed, ADUN Temenggor, melalui kerjasama pelbagai pihak berkepentingan bagi pelaksanaan Program Lesen Memandu Kelas B2 untuk masyarakat Orang Asli di daerah Gerik.

Bagi tujuan tersebut, satu Mesyuarat Penyelarasan Program Lesen Memandu Kelas B2 Masyarakat Orang Asli telah diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Temenggor, Gerik, yang dipengerusikan oleh YB Dato' Salbiah Binti Mohamed. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Ketua Cawangan JPJ Gerik, Tuan Kamarulzaman Bin Zamry, Ketua Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Cawangan Gerik, Tuan Mohd Irwan Shah Bin Jafar serta pihak pengurusan Institut Memandu MK Mulia Gerik dan Ketua-Ketua Penghulu (Tok Batin) masyarakat Orang Asli dari kawasan RPS Banun, Pos Kemar dan pinggir Gerik.

Dalam mesyuarat tersebut, Tuan Muhamad Nazri Bin Hamzah telah menyampaikan taklimat berhubung perancangan dan pelaksanaan Program Lesen Memandu Kelas B2 bagi masyarakat Orang Asli di daerah Pengkalan Hulu. Seramai 300 orang calon daripada komuniti Orang Asli dikenal pasti akan menyertai program ini. Antara perkara yang dibentangkan ialah kos penyertaan sebanyak RM400 bagi setiap calon, sebagaimana dimaklumkan oleh pihak Institut Memandu MK Mulia. Menurut pihak institut memandu, jumlah tersebut meliputi keseluruhan proses bermula daripada urusan pentadbiran, latihan dan ujian sehingga calon berjaya memperoleh Lesen Memandu Percubaan (P). Pembiayaan program ini akan dilaksanakan melalui kerjasama YB Dato' Salbiah Binti Mohamed serta calon yang terdiri daripada masyarakat Orang Asli setempat.

Inisiatif ini merupakan satu usaha yang amat signifikan dalam memperkasakan masyarakat Orang Asli melalui pemilikan lesen memandu yang sah di samping meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan jalan raya. Pelaksanaan program yang melibatkan 300 peserta daripada masyarakat Orang Asli ini turut mencerminkan komitmen tinggi semua pihak dalam memastikan golongan tersebut memperoleh akses yang lebih baik kepada peluang pekerjaan dan peningkatan taraf hidup.

Sesungguhnya, program ini bukan sekadar membuka ruang kepada masyarakat Orang Asli untuk memiliki lesen memandu yang sah, malah menjadi manifestasi keprihatinan dan iltizam semua pihak dalam memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada arus pembangunan negara. Dengan semangat kebersamaan dan sinergi strategik yang terjalin, Program Lesen Memandu Kelas B2 ini diyakini mampu menjadi pemangkin kepada lahirnya masyarakat Orang Asli yang lebih berdaya saing, berpengetahuan serta menikmati kesejahteraan hidup yang lebih mampan demi generasi akan datang.

Teruskan ikuti laman sosial rasmi JPJ Negeri Perak untuk sebarang informasi terkini.






✍🏻 oleh : PRO
📸 oleh : Bhg. Pengujian dan Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Perak

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak, Jalan Kompleks Sukan, Kampung Simee
Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 16:30