Sebbuku

Sebbuku

Share

Photos from Sebbuku's post 18/10/2024

Kenapa filem Man Bites Dog dipilih? Sebab tajuk asal filem dari Belgium berbahasa Perancis ini adalah C'est Arrive Pres De Chez Vous atau terjemahan literal ke bahasa melayu - Berlaku Dekat Dengan Rumah Kamu.

Sinopsis simple mockumentary ini: sekump**an pelajar yang nak buat dokumentari merakamkan kehidupan harian seorang pembunuh bersiri jahanam, akhirnya terpaksa terlibat sama buat kerja-kerja jahanam walaupun pada mulanya neutral dan berada di luar kononnya.

Amaran keras - filem ganas dan explicit, jangan bawa budak budak dan perangai kebudak budakan. Tapi filem ni memang vibe Super Kinta dan kritikan sosialnya terpakai di sini.

Sebab apa? Haaa kena tengok & join diskusi esok, jeng jeng jeng.

26/01/2019

Hai, kami kembali lagi dengan Puisi Satu Petang!

Hari Ahad ini (esok) Puisi Satu Petang akan diadakan di Taman Tasik Rekreasi Seksyen 7, Shah Alam pada jam 5 hingga 7 petang.

Puisi Satu Petang merupakan acara baca puisi santai di mana sesiapa pun boleh membaca atau mendeklamasikan sajak pilihan masing masing. Bukan saja bersajak, kita juga ada sesi bercerita, tarian, akustik, teater pendek dan macam macam lagi aktiviti.

Apa yang perlu anda bawa ke acara ini? Yang utama, bawa sebuah sajak atau buku sajak yang anda gemari dan nak kongsikan bersama orang lain. Jangan lupa bawa lapik duduk sendiri atau tak perlu jika anda selesa duduk di atas rumput. Jika anda nak jual buku atau zine, boleh juga bawa sendiri ke acara ini. Ruang percuma dan terbuku untuk semua!

Datang ramai ramai bawa kawan-kawan, keluarga, makwe, pakwe, jiran, atau sesiapa saja yang anda s**a.

Jika sesat atau ada sebarang pertanyaan, hubungi saudara Zoul - 013 4389391. Jumpa esok!

Want your organization to be the top-listed Government Service in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

B-043, Jalan Laxamana, Super Kinta
Ipoh
30300