APM TIMUR LAUT

APM TIMUR LAUT

Share

19/03/2026

๐ŸŒ™โœจ Selamat Hari Raya Aidilfitri โœจ๐ŸŒ™

Ikhlas daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat Malaysia.

๐ŸŒฟ Anak merbah di pohon cemara,
Terbang riang di pagi hari,
Syawal indah penuh gembira,
Maaf dipohon seikhlas hati. ๐ŸŒฟ

Semoga Syawal yang mulia ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.

Dalam kegembiraan menyambut lebaran, sentiasalah utamakan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat. Patuhi peraturan jalan raya, berwaspada di mana jua anda berada, dan jadikan keselamatan sebagai keutamaan bersama.

APM sentiasa bersedia, prihatin dan komited dalam menjalankan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat.

๐Ÿ’› โ€œSedia, Pantas dan Berintegritiโ€ ๐Ÿ’›

Selamat Hari Raya Aidilfitri, berhati-hati di jalan raya dan selamat sampai ke destinasi.

Photos from APM TIMUR LAUT's post 11/02/2026

11 Februari 2026 (Rabu)

Penglibatan seramai 05 anggota PDPA Timur Laut dalam berkongsi ilmu Asas Pertolongan Cemas, tatacara melakukan CPR serta pengendalian AED ( Automated External Defibrillator ) yang betul dan selamat kepada warga Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang.

Program ini telah berlangsung bermula jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang. APM PDPA Timur Laut berharap agar segala perkongsian dan ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan serta dipraktikkan dengan cara yang betul sekiranya berlaku kecemasan.

Angkatan Pertahanan Awam Negeri Pulau Pinang, khususnya PDPA Timur Laut, amat menggalakkan penganjuran program seperti ini di setiap sekolah mahupun kawasan kejiranan sebagai salah satu langkah persediaan awal dalam menghadapi sebarang kecemasan atau bencana.

Akhir sekali, Pihak Pengurusan PDPA Timur Laut ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang kerana sudi menjemput untuk berkongsi ilmu bersama para pelajar.

24/01/2026

HEBAHAN SEMASA

MAKLUMAN KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 5/2026, APM PULAU PINANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah Pertahanan Awam Timur Laut dengan kerjasama Pejabat Daerah Pertahanan Awam Barat Daya akan mengadakan pengambilan anggota baharu dan Kursus Asas Pertahanan Awam pada tarikh 07 hingga 08 Februari 2026 bertempat di PDPA Timur Laut.

Syarat- syarat pengambilan :

โŒ Tidak menyertai lain-lain pasukan beruniform (POLIS & TENTERA)
โœ… Berumur 18 tahun dan ke atas
โœ… Sekurang-kurangnya tamat tingkatan 3
โœ… Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai kecacatan fizikal

Kepada individu atau orang awam yang berminat, boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Angkatan (Pengambilan) PDPA Timur Laut di talian 04 -2283781 atau terus datang ke PDPA Timur Laut (berhadapan Hospital Island)

TERBUKA juga kepada semua Penjawat Awam di lain- lain agensi dan lepasan SPM 2025 digalakkan memohon.

Tarikh akhir permohonan 01 Februari 2026

Want your organization to be the top-listed Government Service in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

No 15, Lebuhraya Peel
George Town
10350