Sukelike
31/05/2026
Siapa pernah belajar dan mengajar di SKPKI...
Sejarah Ringkas SK Pusat Kuala Ibai
Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1950 dengan hanya sebuah bangsal yang mempunyai tiga bilik darjah. Pada peringkat awal, sekolah ini menumpang di Rumah Kelab Diraja Sultan Sulaiman yang terletak di Kampung Kuala Ibai, iaitu kawasan yang kini menjadi tapak Asrama Putera SMK Sultan Sulaiman.
Guru Besar pertama ialah Deraman bin Mohammad, dibantu oleh tujuh orang guru termasuk seorang guru agama. Ketika itu, jumlah murid hanya sekitar 40 orang.
Pada tahun 1957, sekolah ini dipindahkan ke lokasi sekarang di Jalan Sultan Mahmud kerana kawasan asal sering mengalami hakisan pantai serta perkembangan bangunan di kawasan SMK Sultan Sulaiman. Di tapak baharu, dua bangunan kayu yang mengandungi 10 bilik darjah telah dibina.
Ketika perpindahan tersebut, sekolah mempunyai kira-kira 60 orang murid dari Darjah 1 hingga Darjah 6 dan lapan orang guru yang diketuai oleh Ali bin Yaakub.
Pada tahun 1960, pentadbiran sekolah diterajui oleh Harun bin Othman. Sebuah lagi bangunan kayu dengan lima bilik darjah dibina bagi menampung pertambahan murid.
Pada tahun 1972, Ismail bin Mohamad mengambil alih pentadbiran sekolah. Dalam tempoh sembilan tahun perkhidmatannya, sekolah berkembang pesat dan ramai murid mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PDL)
Click here to claim your Sponsored Listing.