Rodiah Rozie

Rodiah Rozie

Share

31/05/2024

Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?

Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.

FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.

So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,

1.Tekan ON
2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan START.
3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.

**s**atan tu main agak je, suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat, kalau tak letak soda pun okei dah sebab cuka sifatnya asid so buang segala bau kepam tu. Tapi kalau letak dua-dua lagi bagus sebab confirm bau macam mesin basuh baru beli.

Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mommy letak kain pulak.

Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh😅. Nanti cuba buat tau,dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.

Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8tahun diguna tiba-tiba stop. Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.

Sebab selama 8tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu..hehhe,

📝Ika Hazman

27/05/2024

KEDUA-DUANYA ADA KANDUNGAN SILIKA.

Evian Mineral Water 500ml
Harga lebih daripada RM5

Spritzer Mineral Water 550ml
Harga kurang daripada RM2

Jenama Evian sememangnya mahal kerana ia diimport daripada Perancis, sebab itulah harganya menjadi terlalu mahal. Tidak dinafikan kandungan magnesium dan kalsium yang didapati dalam air ini adalah amat tinggi. Tetapi ada satu hal penting yang s**ar didapati dalam mana-mana air mineral iaitu silika. Jenama Evian dan Spritzer ialah antara jenama air mineral yang mempunyai kandungan tersebut.

Sebenarnya produk tempatan kita yang bernama Spritzer lebih tinggi kandungan silika berbanding jenama Evian.

Spritzer = 60mg/L
Evian = 14mg/L

Apa itu silika?

Silika kebiasaannya ditemui dalam bentuk kristal yang boleh didapati dalam makanan dan air yang boleh diserap oleh badan. Salah satunya adalah air mineral semulajadi selain sayuran, buah-buahan dan banyak lagi.

Kebaikan mineral silika amat penting untuk pembentukan kolagen dalam badan. Kalau selalu ambil silika, rambut, kuku ataupun kulit akan jadi lebih sihat. Sistem pencernaan pun akan bertambah baik disebabkan zat daripada air mineral ini akan diserap oleh bakteria baik.

Cr owner 📷📝

25/05/2024

PESANAN BOMBA.

Simpan satu semburan racun Baygon jenis ini di rumah. InsyaAllah ia berkesan untuk halau Ular, Malah kadang kadang mampu untuk membunuh ular.

Semalam memang dia sembur dikawasan yang dikatakan tempat persembunyian ular untuk halau ular keluar.

Memang berkesan.. terutama musim hujan sebab sejuk, dia s**a masuk celah2 bahagian rumah. Beli je byk2 buat stok kat rumah. Sembur tempat2 tertentu. Langkah berjaga-jaga

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Dungun?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

No. 42 Kg Padang Ping
Dungun