PeahQueen
27/10/2020
Tumit kaki kasar? Pecah2 dan tajam mcm kulit nangka rasanya..
Tp sejak kenal peahqueen ni, kaki kasar dah xde lah.. Mungkin effect dia lah tu, kan dia ada vit C yg membantu proses 2 penyembuhan. Tak nak cakap lebih2.. Nnt kena chop over claimed la plk 🤭
So apa kata try dan enjoy ur effects sendiri. Tak mahal pun.. Tiga puluh sembilan hengget 90 sen je
16/11/2019
1 hari sekali kita amat digalakkan untuk buat double cleansing ni.. biasa la 1 hari muka terdedah ngn habuk2 dan cuaca yg xmenentu skg ni..bkn org yg bermekup je wajib buat.. paling mls pun buat la double cleansing sebelum tido. Lepas tu cuci muka bersih2. Nanti korg akan rasa woww gitu. Bersih sgt2 skin korg nanti 😘😘
🌹Apa itu DOUBLE CLEANSING?
Double cleansing bermaksud mencuci muka kita sebanyak dua kali. Satu dengan oil based product dan satu lagi dengan water based product, ala pencuci muka yang biasa kita gunakan tu. Kenapa sampai kena dua kali cuci muka?
Sebenarnya dekat muka kita ni ada dua jenis kotoran iaitu
1) kotoran yang berasaskan minyak seperti sebum, makeup, suncreen yang kita pakai, sel-sel kulit mati dan sebagainya.
2) kotoran yang berasaskan air seperti peluh, debu dan habuk.
🌹Kenapa kena start buat double cleansing?
Ingat tak dulu2 masa kita sekolah cikgu ada ajar bahawa air dan minyak tidak boleh bercampur dan sebab itulah kita tak boleh gunakan water based product untuk hilangkan kotoran yang berasaskan minyak ni.
Kalau kita hanya menggunakan water cleanser untuk mencuci muka, kulit kita sebenarnya masih terdedah dengan jerawat, blackheads disebabkan pores (liang pori) kita dah tersumbat dengan kotoran yang berminyak ni. Lepas tu tak dicuci dengan pencuci yg betul, memangtersumbatlah liang pori tu!
🌹Kelebihan double cleansing
Banyak kelebihan apabila buat double cleansing ni. Antaranya;
1. Membersihkan liang pori dengan lebih mendalam.
2. Menyihatkan kulit muka.
3. Membersihkan muka dari segala jenis makeup yang waterproof.
4. Membuang segala kotoran yang berasaskan minyak.
🌹Bagaimana cara nak buat double cleansing ni?
1) Mula-mula cuci muka dengan oil cleanser tanpa air. Just sapu je dekat muka macam biasa, tetapi pastikan kulit muka kering. Gosok-gosok lembut dan biarkan dalam 10 saat macam tu. Then bilas dengan air suam.
2) Lepas tu guna p**a water cleanser biasa guna tu cuci dan bilas (air biasa) 3) Dah siap. Senangkan?
🌹Bila kena buat oil cleanser?
Seeloknya pada waktu malam, sebelum tidur. Buat sekali sehari je. Kenapa waktu malam? Sebab selepas seharian diluar, kulit kita dah terdedah dengan cuaca dan udara, kotoran yang tak nampak dengan mata kasar macam debu, habuk, peluh dan lain2. Lepas tu ditambah dengan make up, maka eloklah kalau kita belai2 kulit muka kita bagi betul2 bersih.
🌹Kepentingan oil cleanser?
Sebenarnya sangat penting. Selepas dah amalkan teknik double cleansing ni,
kita akan rasa kulit muka lebih bersih dan segar.
Terutama yg bermekap tebal setelah seharian dia duduk kat muka memang wajiblah buat double cleansing ni.
🌹Kulit muka berminyak, boleh ke buat double cleansing?
Oil cleanser ni untuk bersihkan muka daripada segala jenis kotoran berminyak. So oily skin pun xder masalah kalau guna oil cleanser. Pilih yg sesuai dgn kulit muka kita ye.
*note: Untuk pengetahuan Micellar water tu bukan oil cleanser ye. Ramai yg salah faham. Ia adalah penanggal mekap. Fungsinya pun tidak membantu untuk pembersihan kulit. Jadi sebelum beli pastikan baca label dibotol dahulu.
🌹Teknik double cleansing ni sebenarnya adalah salah satu rutin penjagaan wanita di Korea dan Jepun. Sebab tu tengok kulit muka diorang kebanyakannya cantik dan flawless je kan?🌹
Kat bawah ni antara recommended oil cleanser yg mudah didapati di farmasi2 seperti Watson/ Guardian. Ikut bajet poketlah yg mana pilihan korang.
So bermula harini bolehlah cari dan cuba sendiri. Mesti akan terasa perbezaannya.
14/11/2019
RAHSIA hilangkan jerawat atau ruam dalam masa 3 HARI.
Jadikan rahsia ini sebagai rutin harian atau mingguan.
Untuk sepanjang rawatan 3 hari, lakukan setiap hari sebelah pagi sepanjang 3 hari. Jika masalah teruk Lakukan 5 hari berturut-turut.
In shaa Allah akan membantu.
Jangan percaya tau, buat dahulu baru rasa.
1) Dua potong lemon
2) 2 hiris besar halia diketuk.
3) Air panas baru masak.
Cara:-
1) Perah lemon kedalam air panas td dan masukkn bbrp potong halia yg telah diketuk kedlm.
2) Sedia utk stimkan muka selama 15-20min.
3) Selepas stim muka buang bintik2 hitam/ putih menggunakan peralatan khas. Dah bersih muka blh golek2 ais kemuka utk menutup semula liang2 pori.
Kemudian sediakan bahan utk scrub muka.
Scrub muka:-
1inci halia atau lebih
1biji putih telur
Cara:
1) Sagat halia dan kemudian campurkan dengan putih telur. Kacau rata.
2) Lumurkn pada muka dan biarkan selama 15-20 minit. Mula2 akan terasa sedikit panas dimuka. Jika tak tahan boleh bilas muka awal.
3) Bilas bersih dan biarkan muka kering sendiri.
4) Buat selama 3 hari berturut2 setiap pagi. Jika masalah teruk buat 5 hari berturut2. Dan kemudian blh buat seminggu sekali. In Shaa Allah membantu utk memulihkan jerawat anda.
Selamat mencuba.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Besut