DAUS
05/06/2026
Assalamualaikum,
Kami sangat bersetuju dengan pandangan Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki Sebelum dana diluluskan, setiap penerima telah diberikan penerangan bahawa ini merupakan dana amanah yayasan dan perlu diuruskan dengan penuh tanggungjawab.
Tahniah kepada semua usahawan yang telah menunaikan amanah dengan baik sehingga pembiayaan selesai. Malah, ada yang berjaya dan layak menerima bantuan atau pembiayaan pada peringkat seterusnya.
Namun, bagi usahawan yang ingkar, gagal mematuhi perjanjian atau menyalahgunakan dana yang diberikan, pihak yayasan tidak akan berkompromi. Dana telah disalurkan, program pemulihan telah diberikan, tetapi masih ada yang memilih untuk tidak melaksanakan tanggungjawab mereka ( MEROMPAK ) .
Oleh itu, pihak yayasan & Daus akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya, termasuk membawa kes sehingga ke peringkat prosiding komital jika perlu.( WARAN TANGKAP )
Lebih ramai usahawan yang gagal mematuhi perjanjian berkemungkinan akan berdepan saman sivil dan rekod mahkamah. Apabila peluang pemulihan diberikan, manfaatkanlah sebaik mungkin.
Kepada usahawan lain yang sedang berusaha untuk maju dan berkembang, jagalah amanah yang diberikan. Jadikan kisah mereka yang tidak menepati janji & merompak duit yayasan ini sebagai pengajaran dan pedoman untuk diri sendiri.
Tidak akan berjaya apabila memilih menipu. Peluang ditangan anda untuk membetulkan keadaan.
Pergi ke sawah memetik padi,
Padi dituai penuh berisi;
Amanah diberi jangan dikhianati,
Hutang dibawa mati jika tidak diselesaikan di dunia ini.
Sekian,
Nasihat buat yang telah menerima LOD atau bakal menerimanya,jangan ambil ringan perkara ini. Apabila nama sudah terpalit dalam urusan mahkamah, amat sukar untuk mengembalikan semula kepercayaan orang ramai.
Bagi seorang usahawan, nama baik ialah aset dan branding paling bernilai. Kepercayaan orang terhadap kita dibina bertahun-tahun, tetapi boleh runtuh dalam sekelip mata.
Apabila seseorang mula dikenali dengan kes mahkamah, isu hutang atau dakwaan melarikan wang orang, keyakinan pelanggan, rakan niaga dan pelabur juga akan terjejas. Dalam dunia perniagaan, orang membeli bukan hanya produk tetapi juga reputasi dan integriti.
Sebab itu, selesaikan urusan secara profesional, jangan lari daripada tanggungjawab, dan utamakan amanah dalam setiap urusan. Nama yang baik lebih mahal nilainya daripada keuntungan sementara.
JANGAN ABAIKAN LOD
P/S: Respon dan selesaikan hutang secepat mungkin adalah jalan terbaik. Tidak perlu berdepan isu turun naik mahkamah yang hanya memakan masa, tenaga dan kos yang tinggi.
Apabila kes sudah berlarutan di mahkamah, semakin banyak modal diperlukan dan semakin banyak perkara boleh terdedah menjadi isu. Kadang-kadang bukan sahaja menjejaskan kewangan, malah boleh memberi kesan kepada reputasi dan kepercayaan orang terhadap kita.
07/05/2026
USAHAWAN WELDING & KERJA-KERJA BESI DAUS
TAHNIAH!!!
Tn. Usb. Haswan, Usahawan Welding & Kerja-Kerja Besi DAUS, Mersing, JOHOR antara penerima Suntikan Modal DAUS Pertama RM10,000 tanpa faedah. Semudah hanya dengan syarat ada perniagaan yang ada jualan.
Sedang cari tukang besi yang kemas, kukuh & boleh dipercayai? Tn. Usb. Haswan sedia membantu anda!
✅ Pagar Rumah✅ Grill Tingkap & Pintu✅ Awning Besi✅ Kanopi✅ Railing Tangga✅ Pintu Besi✅ Welding Repair✅ Custom Design Ikut Permintaan.
Pasti untuk anda 💪 Kerja Kemas & Berkualiti 💪 Material Tahan Lasak 💪 Harga Berpatutan 💪 Siap Mengikut Masa 💪 Servis Profesional & Amanah
Rumah, kedai atau kilang — semua itu kepakaran Tn. Usb. Haswan boleh uruskan dan siapkan!
05/05/2026
Sita dan Lelong Mahkamah Dilaksanakan di Bertam
BERTAM, PULAU PINANG — Tindakan Sita dan Lelong Mahkamah sedang dilaksanakan hari ini di Bertam, Pulau Pinang susulan penghakiman dan perintah rasmi mahkamah yang gagal dipatuhi.
Pelbagai peluang penyelesaian, notis dan ruang perbincangan telah diberikan sebelum tindakan penguatkuasaan ini diteruskan. Namun, apabila sesuatu penghakiman terus diabaikan, proses pelaksanaan akan tetap berjalan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.
Tindakan hari ini membuktikan bahawa setiap penghakiman mahkamah mempunyai implikasi yang nyata dan boleh sampai ke peringkat pelaksanaan sita dan lelong.
Dalam banyak keadaan, pihak yang mengambil ringan sesuatu tuntutan hanya mula memahami kesannya apabila proses penguatkuasaan benar-benar dilaksanakan.
Segala tindakan yang dijalankan adalah berdasarkan rekod, dokumen dan perintah rasmi mahkamah.
Click here to claim your Sponsored Listing.