Parit Raja

Parit Raja

Share

Photos from Parit Raja's post 25/01/2026

"Hafiz Al-Quran Ini Dipancung, Kepala Disimpan Dalam Kotak Muzium Paris Selama 170 Tahun."

Oleh: Mazlan Syafie

Dalam artikel sebelum ini, saya ada sebut pasal 18,000 tengkorak yang disimpan dalam muzium di Paris.

Kali ini, saya nak tuan-tuan kenal salah seorang "pemilik" tengkorak tersebut.

Nama beliau Sheikh Bouzian.

Beliau bukan calang-calang orangnya tau. Beliau seorang Ulama. Seorang Hafiz Al-Quran. Seorang pemimpin sufi yang sangat dihormati di oasis Zaatcha, Algeria.

Tahun 1849.

Masa tu, tentera Perancis datang menceroboh kampung Zaatcha. Mereka nak rampas tanah, mereka nak cukai tinggi, mereka nak jajah jiwa raga orang Islam di situ.

Sheikh Bouzian tak boleh duduk diam dan tengok penjajah buat macam tu kat tanah airnya.

Walaupun beliau orang agama yang biasa pegang tasbih, kali ini beliau pegang senapang.

Beliau kumpulkan anak murid, orang kampung, petani kurma. Beliau seru jihad untuk pertahankan tanah air.

"Kita hidup mulia atau mati syahid!" laung beliau.
Perancis ingat senang nak makan kampung kecil ni. Tapi rupanya mereka silap.

Selama 4 bulan, tentera Perancis yang lengkap dengan meriam moden tak mampu langsung menembusi pertahanan Zaatcha!

Sheikh Bouzian dan pengikutnya lawan bermati-matian. Mereka bertahan di celah-celah pokok kurma. Wanita dan kanak-kanak pun tolong bancuh ubat bedil.

Perancis jadi makin gila dan malu besar. Kuasa besar dunia kalah dengan orang kampung?

Akhirnya, Perancis hantar bala tentera tambahan. Ribuan askar mengepung Zaatcha. Mereka bom kampung tu sampai jadi padang jarak padang tekukur.

Pada 26 November 1849, pertahanan Zaatcha akhirnya runtuh.

Sheikh Bouzian ditangkap.

Tetapi Perancis tak puas hati dengan hanya setakat tangkap. Hati mereka penuh dendam.

Mereka heret Sheikh Bouzian ke tengah tanah lapang.

Di sebelah beliau, turut diheret adalah anak lelaki kesayangannya, Al-Hassan, yang baru berusia 15 tahun. Dan sahabat baiknya, Si Musa.

Bayangkan perasaan seorang ayah apabila melihat anak remaja dia yang belum cukup umur pun nak dibunuh sama?

Tanpa bicara, tanpa belas kasihan... askar Perancis memancung kepala mereka bertiga di situ juga.

Darah ulama dan darah anak kecil tumpah membasahi bumi Algeria.

Tuan-tuan ingat cerita habis kat situ? Tidak.

Kekejaman sebenar baru bermula.

Komander Perancis, Kolonel Emile Herbillon, arahkan supaya kepala Sheikh Bouzian, anaknya, dan Si Musa DIPACAK PADA TIANG pintu gerbang.

Tujuannya? Nak takutkan orang kampung. "Tengok ni! Siapa lawan Perancis, inilah nasib dia!"

Selepas puas dijemur dan dimalukan, kepala-kepala ini tidak dikebumikan.

Seorang doktor tentera Perancis ambil kepala-kepala ini. Dia "proses". Dia awet. Jahat, sungguh jahat, kan?

Kemudian, kepala Sheikh Bouzian dibungkus dan dihantar ke Paris.

Kenapa?

Untuk dijadikan bahan kajian "Saintifik".

Saintis rasis di Paris masa tu nak kaji kononnya "tengkorak orang Islam ni ada bentuk jenayah" (phrenology). Teori bodoh yang dah lama ditolak sains moden.

Sesampainya di Paris, kepala Sheikh Bouzian disimpan di Musée de l'Homme (Muzium Manusia).

Beliau bukan lagi dilayan sebagai manusia. Beliau dilayan sebagai "Spesimen".

Diberi nombor siri. Disimpan dalam kotak kadbod, di dalam almari besi yang gelap dan sejuk.

Bertahun berganti abad.

Dunia berubah. Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua. Algeria merdeka tahun 1962.

Tetapi kepala Sheikh Bouzian masih di situ.
Terkurung. Sepi. Jauh dari tanah air, jauh dari jasadnya.

Hanya pada tahun 2020, selepas 170 Tahun, barulah Perancis setuju untuk p**angkan.

Itupun selepas tekanan diplomatik yang kuat dari kerajaan Algeria.

Pada Julai 2020, sebuah pesawat tentera Algeria mendarat di Algiers.

Bila keranda yang membawa tengkorak Sheikh Bouzian dan 23 pejuang lain dikeluarkan... satu negara menangis.

Presiden Algeria cium keranda tu. Askar tabik hormat. Jet pejuang buat lintas hormat di udara.
Rakyat berbaris di tepi jalan sambil laungkan takbir dan selawat.

"Selamat p**ang, wahai ayah kami. Selamat p**ang, wira kami."

Hari ini, Sheikh Bouzian akhirnya bersemadi dengan aman di Tanah Perkuburan El Alia, diapit oleh wira-wira negara yang lain.

Tuan-tuan, kisah ini mengajar kita dua perkara.

Pertama, betapa hinanya mentaliti penjajah.

Bagi mereka, kita ni tak lebih daripada "objek". Hidup dijajah, mati pun kepala nak dibuat mainan.

Dan hari ini, cucu cicit mereka yang sama lah yang nak ajar kita pasal hak asasi? Simpanlah syarahan tu.

Kedua, betapa mahalnya harga sebuah perjuangan.

Sheikh Bouzian ajar kita, jasad mungkin boleh dipancung, kepala mungkin boleh diculik ke benua lain...

Tapi roh perjuangan, maruah dan nama yang harum... takkan boleh dipadam walau 170 tahun berlalu.

Hari ini nama Sheikh Bouzian disebut dengan penuh kemuliaan di bibir jutaan umat.

Manakala nama Kolonel Perancis yang memancung beliau? Hanyut ditelan sejarah atau diingat sebagai penjenayah perang yang kejam.

Benarlah janji Allah. Orang yang mati syahid itu tidak mati, mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan penuh rezeki.

Al-Fatihah untuk Sheikh Bouzian, anaknya Al-Hassan dan semua syuhada yang mempertahankan agama dan tanah air.

Maha Suci Allah yang memelihara kemuliaan hamba-Nya walau jasad mereka diperlakukan dengan kejam oleh musuh.

Kep**angan Sheikh Bouzian selepas hampir dua abad adalah bukti bahawa kebatilan itu sifatnya sementara, manakala kebenaran itu pasti akan tertegak jua akhirnya.

Moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para nabi dan solihin.

___

Photos from Parit Raja's post 07/01/2026

"Jeneral 4 Bintang Yang 'Ratah' Iraq Akhirnya Tumbang Sebab Skandal Sendiri. Karier 37 Tahun Hancur Sebab Tak Boleh Zip Seluar!"

Oleh: Mazlan Syafie

Kalau kita tengok isu "Yeye" atau skandal wanita yang melibatkan pegawai beruniform ni, ramai yang cakap: "Alah, biasalah tu, lelaki kan..."

Weh, benda begini jangan buat main dan langsung tak boleh diambil ringan.

Sejarah dah tunjuk, orang yang paling berkuasa, paling garang dan paling "kebal" pun boleh hancur sekelip mata bila tewas dengan nafsu.

Kita ambil contoh paling puas hati untuk kita baca, iaitu kisah jatuhnya General David Petraeus.

Siapa tak kenal mamat ni? Dia lah bekas Panglima Tentera Amerika yang mengetuai serangan ke atas Iraq dan Afghanistan.

Dia lah orang yang bertanggungjawab merencana strategi ketenteraan yang menyebabkan ribuan nyawa umat Islam melayang di Timur Tengah.

Di Amerika, dia dianggap "Dewa Perang". Pangkat dia Jeneral 4 Bintang. Dia punya gah tu sampaikan dia dilantik jadi Pengarah CIA (Agensi Perisikan Pusat) pada tahun 2011.

Kira kalau dalam dunia perisikan dan ketenteraan, dia lah "King". Dia pegang semua rahsia dunia.

Tapi kan, kuasa Allah tu Maha Adil.

Siapa sangka, Jeneral yang kononnya paling berdisiplin, paling tegas dan paling bijak ni, akhirnya "lemah" di tangan seorang wanita bernama Paula Broadwell.

Paula ni pun bukan calang-calang orangnya. Dia bekas pegawai tentera juga, tapi masa tu dia sedang menulis buku biografi pasal Petraeus.

Alasannya "kerja". Kononnya nak tulis buku bertajuk All In. Maka bermulalah drama "cinta lokasi".

Petraeus yang masa tu umur dah dekat 60 tahun, lemah lututnya bila dilayan oleh penulis wanita yang jauh lebih muda, cergas dan cantik.

Dorang mula ada hubungan sulit. Siang jadi bos CIA yang garang, malam jadi pakwe angau.

Tapi, apa yang buat Petraeus jatuh bukan sekadar sebab dia curang dengan bini (itu masalah peribadi dia).

Masalah besar dia ialah KHIANAT.

Nak tunjuk kononnya dia hebat depan skandal dia, Petraeus buat benda paling bodoh dalam sejarah CIA.

Dia serahkan lapan buah buku nota hitam (The Black Books) kepada Paula.

Tuan-tuan tahu apa ada dalam buku hitam tu?

Dalam tu ada nama-nama ejen rahsia yang sedang menyamar (covert officers), ada strategi perang sulit, ada kod rahsia dan ada nota perbadi dia dengan Presiden Amerika.

Benda ni kalau jatuh ke tangan musuh, hancur satu Amerika. Dan malu satu dunia.

Tapi sebab nak pikat hati wanita, sebab nak nampak "power" depan awek, dia gadaikan keselamatan negara dia sendiri. Dia bagi buku tu kat Paula untuk buat rujukan tulis buku.

Gila tak gila?

Akhirnya, macam mana dia kantoi?

Bukan sebab musuh serang dia. Tapi sebab "perangai perempuan".

Paula ni cemburu buta. Dia ingat ada perempuan lain rapat dengan Petraeus, jadi dia hantar emel ugutan kat perempuan tu. FBI masuk campur untuk siasat emel ugutan tu.

Bila FBI korek, sekali dorang jumpa "Halamak! Bos CIA punya skandal rupanya!"

Pada November 2012, tiga hari selepas Barack Obama menang pilihan raya kali kedua, David Petraeus terpaksa letak jawatan sebagai Pengarah CIA dalam keadaan yang sangat memalukan.

Daripada seorang "Hero Amerika" yang disebut-sebut bakal jadi Presiden, dia terus jadi sampah masyarakat.

Dia didakwa di mahkamah, kena bayar denda $100,000 dan kena hukuman percubaan dua tahun. Karier 37 tahun yang dia banggakan, lebur macam debu. Hancur sehancurnya.

Bayangkan, peluru musuh tak boleh bunuh karier dia, bom di Iraq tak boleh jatuhkan dia. (Metafora he, jangan lah salah faham).

Tapi "Yeye" yang dia angkut masuk dalam hidup dia, berjaya tamatkan riwayat kuasa dia.

Jadi, berbalik kepada isu viral dalam negara kita sekarang.

Bila ada pegawai atau anggota yang bawa masuk wanita luar ke kawasan sensitif, berjoget dan berseronok tak ingat dunia, janganlah kita anggap benda ni remeh.

Tengoklah nasib Petraeus.

Pangkat Jeneral 4 Bintang, Bos CIA, gaji juta-juta. Semua tu tak mampu selamatkan dia bila zip seluar dah tak boleh tutup.

Inikan p**a kita yang biasa-biasa ni.

Ingatlah, musuh tak perlu susah payah hantar tentera. Dorang cuma perlu tunggu kita lalai dengan hiburan dan wanita.

Masa tu, rahsia negara pun kita sanggup jual demi seketul "Black Book" atau sekadar nak tunjuk hero depan awek.

Kepada sesiapa yang pegang amanah negara, jadikanlah kejatuhan musuh Islam ini sebagai iktibar. Jangan sampai pisang berbuah dua kali di tanah air sendiri.

___

Kalau anda rasa dunia hari ini penuh konflik, ketahuilah bahawa sejarah dipenuhi pertarungan lebih dahsyat. Buku Pertempuran-Pertempuran Agung membawa anda menyelami seni, strategi dan kisah sebenar peperangan yang membentuk dunia. Wajib miliki untuk yang mahu faham bahawa sejarah bukan sekadar nama dan tarikh, tetapi darah dan nyawa.
Cp the patriots

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Batu Pahat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

No 10 , Jalan Pasar, Parit Raja
Batu Pahat
86400