SRM UTHM

SRM UTHM

Share

Photos from SRM UTHM's post 19/12/2025

📸✨ LENSA MEDIA | BACK TO RETRO STYLE ✨

Program Back To Retro Style anjuran Sekretariat Rakan Muda (SRM) telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang meriah dan penuh elemen nostalgia. Program ini menghimpunkan para peserta dengan penampilan bertemakan retro serta alunan muzik klasik yang mengimbau kenangan era terdahulu.

Pelaksanaan program ini bukan sahaja memberi ruang kepada pelajar untuk menzahirkan kreativiti dan gaya tersendiri, malah menggalakkan interaksi sosial dalam suasana santai dan harmoni. Penyertaan yang menggalakkan membuktikan sambutan positif terhadap penganjuran program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga penganjuran seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Ikhlas dari kami,
SEKRETARIAT RAKAN MUDA UTHM
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Untuk maklumat lanjut, ikuti & kongsi di
FB: Srm Uthm
IG:

Want your school to be the top-listed School/college in Batu Pahat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Jalan Batu Pahat
Batu Pahat
86400