Rawatan Islam - Perkhidmatan Terapi BEKAM

Rawatan Islam - Perkhidmatan Terapi BEKAM

Share

27/05/2025

π…π„ππŽπŒπ„ππ€ πŒπ€π“π€π‡π€π‘πˆ πˆπ’π“πˆπ–π€' πƒπˆ 𝐀𝐓𝐀𝐒 πŠπ€π€ππ€π‡

Matahari kelihatan bergerak dan beredar pada laluannya yang berubah-ubah dari semasa ke semasa. Keadaan ini dapat kita perhatikan secara nyata berdasarkan kedudukan tempat terbit dan tempat terbenamnya matahari yang sentiasa berubah-ubah setiap hari.

Berdasarkan perubahan arah terbit dan terbenam matahari di atas muka bumi ini, maka matahari akan melalui tepat di atas Kaabah dan berada pada kedudukan istiwa’ dua kali dalam setahun. Fenomena ini dikenali sebagai Fenomena Istiwa’ A’dzam. Pada tahun 2025 ini, hitungan ahli falak menunjukkan fenomena ini akan berlaku pada 28 Mei 2025 jam 5:18 petang dan 15 Julai 2025 jam 5:27 petang. Pada ketika ini semua bayang-bayang sesuatu objek tegak akan menghala ke arah Kaabah.

Sempena fenomena Istiwa’ A’dzam pada 28hb Mei 2025 ini jam 5:18 petang, masyarakat Islam boleh mengambil peluang untuk membuat semakan arah kiblat rumah kediaman masing-masing dengan membuat tandaan bayang satu objek tegak yang akan menunjukkan arah kiblat sebenar. Semakan arah kiblat boleh dibuat bermula jam 5:11 petang hingga jam 5:40 petang.

Want your practice to be the top-listed Clinic in Banting?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Klang, Shah Alam
Banting
41200