Olicandy Beaublend
02/09/2021
Elak Lakukan 5 Perkara Ini Kalau Tak Nak Kulit Muka Berminyak.
Masalah kulit berminyak tidak hanya dihadapi oleh golongan perempuan, bahkan kaum lelaki juga turut merasa rimas jika mendapati kulit wajah berminyak. Betul tak kaum lelaki? Hehehe. Jom semak sekiranya anda s**a melakukan lima tabiat buruk ini👇🏻
✅ Terlalu kerap cuci dan skrub
Ramai menganggap mencuci wajah menggunakan teknik skrub secara kerap boleh menghilangkan masalah kulit wajah. Hakikatnya, cara ini hanya membuatkan wajah lebih berminyak, kasar dan sensitif.
Sebaiknya, cuci wajah 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Skrub p**a hanya diamalkan 2 kali seminggu. Sebelum itu, pastikan skrub anda mempunyai tekstur halus, urut lembut dan bilas dengan air suam.
✅ Biar peluh kering sendiri
Antara punca kulit sensitif adalah peluh. Walaupun peluh boleh menyejukkan badan tetapi itu tidak bermaksud anda harus biarkan ia kering begitu sahaja.Segera bersihkan muka dengan menggunakan tisu basah atau tuala bersih agar segala kotoran degil tidak lagi melekat di wajah.
✅ S**a picit jerawat
Ada yang merasakan bahawa tabiat memicit jerawat dapat menyelesaikan masalah. Namun ia hanya akan meninggalkan parut dan akhirnya menyebabkan kulit wajah menjadi kusam. Sebaiknya, sapukan krim jerawat agar ia kering dan pantas mengecil.
✅ Buih syampu
Apabila syampu rambut pastikan buih yang terhasil tidak melekat pada wajah.Ini kerana buih tersebut mengandungi kotoran yang disingkirkan dari rambut. Malah kandungan bahan pelembap di dalam syampu juga boleh membuatkan kulit wajah semakin berminyak.
✅ Sabun buku untuk wajah
Sabun buku berpotensi menjadi tempat bakteria atau kotoran berkumpul kerana ia terdedah dan telah disentuh oleh ramai orang. Sebaiknya belilah pencuci wajah khas untuk mengatasi masalah kulit wajah anda.
Dah tahu kenapa kulit anda berminyak? Jadi lepas ni kena lah tinggalkan tabiat-tabiat ini kalau taknak muka berminyak dan jerawat makin teruk membiak🥴
01/09/2021
Terimalah hakikat yg kita mengalami proses penuaan setiap hari. Namun adakah kita mengalami proses penuaan lebih cepat dari sepatutnya? Umur 20-30 dah boleh nampak nampak tua? Seriously??
Untuk menjadikan kulit kekal remaja dan melambatkan proses penuaan, seeloknya gaya kehidupan kena lah ubah. Kurangkan pengambilan gula dan garam secara berlebihan.
Jadikan kewajipan untuk memakai ‘sunscreen’ sebelum keluar. Rutin penjagaan kulit perlu lebih teliti dan pemakanan perlu lebih seimbang.
Perbanyakkan pemakanan yg boleh bantu menyihatkan kulit seperti Calla Beautskin, yg dapat membantu kekalkan keremajaan. Bahan-bahan kandungan dalam Olicandy Premium bukan sekadar membantu menjaga kulit dari dalam, tapi juga membantu mencantik, menyihat dan mengekalkan keremajaan kulit.
Jadi siapa yang belum start consume Olicandy lagi, kena mula consume dari sekarang kalau taknak kulit TUA SEBELUM USIA😰
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Bangi
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:30 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:30 |
| Thursday | 09:00 - 17:30 |
| Friday | 09:00 - 17:30 |