Parlimen Bagan Datuk

Parlimen Bagan Datuk

Share

Photos from Parlimen Bagan Datuk's post 19/06/2025

𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐭𝐞𝐫𝐟𝐫𝐨𝐧𝐭: 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐖𝐚𝐣𝐢𝐛 𝐒𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤

Pagi tadi, saya berkesempatan untuk berlintas langsung bersama Selamat Pagi Malaysia dari Dataran Waterfront Bagan Datuk, tarikan baharu yang kini menjadi kebanggaan daerah ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan projek ini, daripada peringkat perancangan, pelaksanaan, hinggalah kepada komuniti setempat yang sentiasa memberi sokongan. Tanpa kerjasama dan semangat bersama, tidak mungkin Dataran Waterfront ini menjadi seindah dan semeriah hari ini.

Insya-Allah, saya berharap dataran ini akan terus hidup dengan pelbagai aktiviti yang memakmurkan ekonomi, mengeratkan komuniti, dan menjadikan Bagan Datuk sebagai destinasi pilihan yang membanggakan.

Sama-sama kita pelihara dan manfaatkan kawasan ini sebaik mungkin untuk kita hari ini, dan untuk generasi akan datang.

27/04/2025

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 & 𝐒𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟒

Hari ini pastinya menjadi detik yang mendebarkan buat 402,956 calon yang menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Insya-Allah, tempuhi dengan tenang. All of you dah berusaha sebaiknya dan apa jua keputusan yang diterima bukanlah penamat, tetapi permulaan kepada lebih banyak ruang dan peluang kejayaan pada masa hadapan.

Sekejap lagi jangan lupa ucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang telah banyak berkorban dan memberi sokongan sepanjang perjalanan anda di alam persekolahan.

Saya mendoakan yang terbaik buat semua. All the best & jangan lupa TVET ya!

MTVETrasmi

Photos from Parlimen Bagan Datuk's post 27/04/2025

𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋

Saya berasa amat teruja dapat bersama warga UNISEL pada petang ini. Aura anak-anak muda UNISEL yang hadir sungguh luar biasa! Penuh semangat dan sangat sporting memeriahkan suasana.

Ini merupakan kali kedua UNISEL hadir ke Bagan Datuk, dan kali ini mereka tampil dengan kelainan menerusi penganjuran Karnival Raya Bagan Datuk bersempena Jelajah Malaysia MADANI UNISEL Depani.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari ini adalah manifestasi komitmen UNISEL dalam memperkasakan pendidikan, mendekati masyarakat, dan mencipta peluang baharu untuk anak-anak muda di peringkat akar umbi.

Saya merakamkan penghargaan kepada UNISEL yang begitu proaktif menyahut seruan saya untuk memperkasa bidang TVET, lebih-lebih lagi selepas saya mengumumkan UNISEL sebagai institusi keenam dalam Malaysian Technical University Network (MTUN).

Masih berbaki satu hari sahaja lagi. Saya menjemput orang ramai, khususnya anak-anak lepasan SPM, untuk hadir beramai-ramai ke Karnival Raya Bagan Datuk di Dataran Waterfront Bagan Datuk ini.

Datanglah melihat sendiri peluang pendidikan dan kerjaya yang ditawarkan dalam bidang TVET oleh UNISEL.

08/04/2025

𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐢𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧

Selamat bersidang saya ucapkan kepada seluruh perwakilan UMNO Cawangan-Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri di seluruh negara dari 7 April hingga 25 Mei 2025 ini.

Bersama kita manfaatkan persidangan ini sebagai medan untuk memperkukuh perjuangan, memahami cabaran politik semasa, dan menyusun langkah bagi memastikan UMNO terus relevan dalam landskap politik yang sentiasa berubah.

Inilah masanya untuk kita perkemas gerak kerja, menyuarakan pandangan akar umbi, dan memperkukuh saf dengan penuh kebijaksanaan dan kesepaduan.

Semoga persidangan ini menjadi asas kukuh untuk kita memperteguh perjuangan dan terus memberikan khidmat bakti dengan penuh komitmen dan dedikasi.

Selamat bersidang!

Want your organization to be the top-listed Government Service in Bagan Datoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Bagan Datoh