Malaysians Against Pornography - MAP Kedah

Malaysians Against Pornography - MAP Kedah

Share

Teacher remanded over alleged sexual misconduct against two students | New Straits Times 01/06/2026

Teacher remanded over alleged sexual misconduct against two students | New Straits Times BESUT: A 42-year-old male teacher has been remanded for two days to assist in investigations into the alleged sexual assault of two students at a secondary school here.

01/06/2026

Ini punca anak cepat bosan walaupun sedang bercuti

Melaka: Di sebuah padang permainan ketika musim cuti, kanak-kanak kelihatan duduk di atas alat permainan.

Mereka berada di kawasan bermain, namun tangan masih memegang telefon. Mata tunduk ke skrin. Dunia sebenar ada di depan mata, tetapi perhatian sudah dikunci oleh dunia digital.

Terus terang kata, inilah antara punca anak-anak hari ini cepat bosan. Bukan kerana dunia luar tidak menarik, tetapi kerana otak mereka sudah terlalu biasa dengan hiburan yang terlalu pantas.

Dalam telefon, semua benda bergerak laju. Video bertukar dalam beberapa saat. Warna terang. Bunyi kuat. Ganjaran segera.

Bila otak sudah biasa dengan rangsangan begini, taman permainan, perbualan keluarga, menunggu makanan, berjalan di tempat baru atau melihat pemandangan boleh terasa terlalu perlahan.

Dari sudut psikologi kanak-kanak, rasa bosan sebenarnya penting.

Bila anak bosan, mereka mula berfikir, mencipta permainan, bercakap dengan orang sekeliling, memerhati dunia dan belajar mengurus emosi sendiri.

Tetapi apabila setiap rasa bosan terus “diselamatkan” dengan telefon, anak kehilangan latihan kecil ini.

Lama-kelamaan, mereka bukan sahaja cepat bosan, tetapi lebih sukar fokus, lebih cepat merungut dan kurang sabar dengan aktiviti biasa.

Telefon bukan musuh. Ibu bapa juga tidak perlu rasa bersalah jika sesekali memberi anak telefon ketika penat, menunggu lama atau dalam perjalanan jauh.

Tetapi jangan sampai skrin menjadi jawapan kepada semua rasa bosan. Anak perlu diberi peluang untuk hidup dalam dunia sebenar, walaupun pada awalnya mereka merungut.

Photos from Malaysians Against Po*******hy's post 01/06/2026
01/06/2026

SEREMBAN: Guru ialah antara insan yang paling dihormati dalam masyarakat. Ramai guru yang ikhlas mendidik, menjaga dan membentuk anak-anak kita dengan penuh amanah.

Tetapi pada masa yang sama, rasa hormat kepada profesion guru tidak boleh membuat kita menutup mata terhadap keselamatan kanak-kanak.


Dalam minggu yang sama, dua laporan kes seksual melibatkan guru dan murid muncul di Malaysia.

Dalam minggu yang sama, Malaysia dikejutkan dengan dua laporan kes seksual melibatkan guru dan murid.

Kes pertama dilaporkan di Seremban.

Seorang guru wanita berusia 42 tahun didakwa di mahkamah atas lima pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun. Tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal termasuk melakukan seks oral terhadap mangsa dan menunjukkan gambar alat sulitnya melalui aplikasi Whatsapp bagi maksud seksual.

Kes kedua p**a dilaporkan di Johor.

Terdahulu, tular di Facebook mengenai kejadian melibatkan seorang lelaki disyaki guru yang didakwa melakukan hubungan seks dengan murid perempuan berusia 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Pasir Gudang.

Menurut ibu mangsa, kejadian dipercayai berlaku pada September tahun lalu. Satu laporan polis telah dibuat sebelum ibu mangsa dikatakan menarik balik laporan berkenaan setelah guru tersebut berjanji akan mengahwini anaknya apabila mencapai usia 18 tahun

Dua kes berbeza. Dua lokasi berbeza. Tetapi cukup untuk membuat kita berhenti seketika dan bertanya

𝘈𝘥𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘢𝘯𝘢𝘬-𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳-𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘥𝘪 𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘤𝘢𝘺𝘢?

Sekolah sepatutnya menjadi ruang paling selamat selepas rumah. Tempat anak-anak belajar, membesar, berkawan dan mengenal dunia.

Tetapi apabila individu yang diberi amanah didakwa atau disiasat kerana melanggar batas terhadap murid, kita tidak boleh lagi hanya bergantung kepada ayat, “Dia nampak baik.”

Orang dewasa boleh nampak baik di hadapan masyarakat.

Tetapi keselamatan kanak-kanak tidak boleh diserahkan kepada reputasi semata-mata.

Kita perlu faham, kanak-kanak tidak selalu tahu bagaimana mahu bercerita. Mereka mungkin takut. Mereka mungkin keliru. Mereka mungkin rasa bersalah. Mereka mungkin bimbang tidak dipercayai.


Grooming p**a tidak semestinya bermula dengan kekerasan.

Ia boleh bermula dengan perhatian yang nampak biasa. Mesej peribadi. Hadiah. Pujian berlebihan. Rahsia kecil. Layanan istimewa. Janji manis.

Hubungan yang dibuat seolah-olah “istimewa”, sedangkan sebenarnya sedang merosakkan sempadan antara orang dewasa dan kanak-kanak.

Sebab itu, dalam kes melibatkan murid bawah umur, jangan sesekali guna ayat

“suka sama suka”.

Kuasa mereka tidak sama. Usia mereka tidak sama. Pemahaman mereka tidak sama. Tanggungjawab menjaga batas sentiasa berada pada orang dewasa.

Pengajaran daripada dua kes ini sangat jelas.

Sekolah mesti ada sistem perlindungan yang benar-benar berfungsi. Aduan perlu diambil serius.

Perubahan tingkah laku murid perlu diperhatikan. Interaksi guru dan murid mesti ada sempadan. Tiada mesej peribadi yang tidak wajar. Tiada hubungan rahsia. Tiada alasan untuk melangkaui tubuh, emosi dan keselamatan anak-anak.

Pada masa yang sama, ibu bapa juga perlu bina ruang selamat di rumah.

Biar anak tahu, kalau sesuatu membuat mereka takut, keliru atau tidak selesa, mereka boleh bercerita tanpa dimarah dahulu. Jangan terus tuduh. Jangan terus soal macam siasatan. Dengar dulu. Tenangkan dulu. Lindungi dulu.

Tetapi sebagai masyarakat, jangan tunggu kes viral baru mahu percaya bahawa perlindungan kanak-kanak itu penting.

Anak-anak bukan hanya perlu diajar untuk “jaga diri”.

Orang dewasa juga mesti diajar supaya jangan sesekali melanggar batas.

27/05/2026

Salam Aidil Adha.

🌙 Salam Aidiladha 1447H

Taqabbalallahu minna wa minkum
Semoga Allah menerima segala amal ibadah dan pengorbanan kita.

Semoga Aidiladha ini menjadi ruang untuk kita menyucikan diri, memperbaharui iman dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Ikhlas daripada,
Malaysians Against Po*******hy (MAP)

“Melindungi Keluarga, Memelihara Kanak-kanak”

27/05/2026

Keselamatan dalam talian bermula dengan kebijakan kita 🔐

Follower bukan semua kawan.
Like bukan semua ikhlas.
View bukan semua peduli.

Hati-hati di dunia maya ⚠️

Photos from Jabatan Kesihatan Negeri Kedah's post 23/04/2026

JEMPUTAN CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL BAYI, KANAK-KANAK DAN REMAJA SEDUNIA TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI KEDAH👶👧🧑‍🦱

Sambutan ini telah dijalankan pada 23 April 2026 bertempat di Dewan Al-Farabi, Kompleks Pendidikan Negeri Kedah.

​Program ini berjaya dihadiri seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) serta staf kesihatan seluruh negeri Kedah, serta warga kerja Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

​Fokus utama sambutan kali ini adalah untuk memperkasakan komuniti dalam mendepani cabaran kesihatan mental generasi muda melalui 3 topik utama yang disampaikan oleh pakar-pakar jemputan:

1. ​Luka Tanpa Suara: Autisme & Risiko Buli
🗣️ Oleh: Dr. Faridah Binti Md. Adnan (Pakar Perubatan Psikiatri & Felo Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Hospital Sultan Abdul Halim).

2. ​Keselamatan Digital Murid Autisme: Menangani Pendedahan Kepada Pornografi
🗣️ Oleh: Dr. Muhsina Binti Hassan (Pengerusi Malaysians Against Pornografi - MAP Kedah).

3. ​Peranan JKM dalam Kes Pengabaian Kesihatan Mental Murid - Panduan untuk Guru
🗣️ Oleh: En. Syed Rizal Bin Syed Md Baser (Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Kanan, JKM Negeri Kedah).

​Majlis telah disempurnakan dengan gimik perasmian oleh YBrs. Dr. Nor’Aishah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah.

Semoga segala ilmu dan input yang dikongsikan hari ini dapat memberikan manfaat yang besar buat semua peserta dan semoga pengetahuan ini dapat diaplikasikan sepenuhnya dalam kerja seharian bagi memastikan kesihatan mental kanak-kanak, dan remaja di negeri Kedah terus terjaga dan diberikan sokongan yang sewajarnya.

​Terima kasih kepada JKN Kedah dan JPN Kedah menjemput kami team MAP Kedah! 🙏

Photos from Malaysians Against Po*******hy - MAP Kedah's post 23/04/2026

Addiction is a mental problem. P**n Addiction is part of it.

- Dr Muhsina Hassan

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Alor Setar