X - TG Performance

X - TG Performance

Share

13/05/2025

Kredit to PRODRAG MOTORSPORTS

Limited Slip Differential (LSDs). Kena letak β€˜s’ kat blkg tu sebab ada d4d4h yg sama nama..πŸ˜….

Ok apa dia ni? Apa 1, 1.5, 2 way ni? Saya kongsikan dalam bahasa yang mudah kita faham.

Secara asasnya diff yang normal dipanggil open diff. Sewaktu kita mengambil selekoh, tayar sebelah dalam akan berpusing kurang dari tayar yang sebelah luar. Ini kerana radius di sebelah luar lagi besar dan jarak perjalanan tayar lebih jauh. Sebelah dalam sebaliknya p**a. Disini keselesaan untuk open diff dan jenis helical.

Jenis clutch p**a lebih cenderung memaksa tayar sebelah luar mengikut putaran yg sama dengan tayar sebelah dalam. Itu yang selalu kita boleh nampak tayar β€˜spin’ sewaktu membuat u turn.

Macam mana jenis clutch ni boleh improve traction? Kita kena faham dulu bagaimana keadaan jenis open diff bila keadaan satu tayar jejak lantai, dan satu lagi terangkat. Kuasa akan disalurkan kepada tayar yang terangkat. Tayar jejak tiada kuasa disitu.

Dalam situasi corner, tayar yang terangkat ada kuasa berpusing, tayar yang jejak tiada. Jadi sebenarnya kereta anda tidak bergerak menggunakan kuasa, hanya menggunakan momentum. Cuba bayangkan corner yg slow dan mendaki. Contoh t9 di sepang. πŸ˜†

Ok kita dh nampak macam mana dia berfungsi. Kita tengok p**a beza dia.

1 way ni maksud dia diff ni akan lock pada kadar torque tertentu bila kita on throttle. Bila kita off, dia free. Sangat sesuai untuk otr, drag, weekend racer.

1.5 way ni maksud dia diff ni akan lock pada kadar torque tertentu bila kita on throttle. Bila kita off dia akan ada separuh torque dari pada masa on throttle td. Ni beza dia. 1 tu bermaksud full torque bila on throttle, .5 tu bermaksud separuh masa off throtte. Sangat sesuai untuk otr untuk track & touge dll. Bila kita full speed, dan off throttle kereta lebih stabil. Contoh nk mengadap T1 sepang. Ini kerana masih ada separuh torque masa off throttle untuk stabilkan kereta. 😁

2 way. Bila dh faham 2 yang atas tu, kita boleh agak mcm mana 2 way ni dh..😁. 2 way biasa untuk geng2 drift. Xde untuk fwd, kecuali anda nk drif kereta fwd dalam keadaan reverse.. 🀣🀣

Selepas tu datang p**ak istilah preload. Apa preload ni? Preload ni torque yg sedia ada sebelum LSDs ni aktif. Selalunya preload ni kita set x tinggi sgt untuk door2door ni. Dan lebih tinggi untuk time attack machine. Kenapa?

Ini situasi untuk kereta fwd. apabila door2door racing ni, kita ada b*k pembetulan masa corner di sebabkan traffic dan faktor lain. Apabila kita off throttle semasa corner, preload yg tinggi cenderung untuk understeer. Berbeza dgn time attack machine yang selalunya kita ada optimum racing line.

Setup ini juga subjektif, bergantung pada driver. Tetapi ini akar dia. Akar mana blh berubah, rosak la pokok nnt..😁 Jadinya daripada kita gelakkan kawan2, atau tanya soalan2 sinis bila kawan2 nk jual l*ds full lock, meh kita belajar sama2. πŸ‘πŸ‘

Ok kami kongsikan gambar jenis2 dia semoga lebih jelas. Tengok beza pada ramp l*d tu. Yg bentuk macam cam. Tenung lama2 fikir. Nanti faham la tu. Ada pertanyaan boleh DM page ni. 😁. Kalau rasa bermanfaat boleh kongsikan artikel ni. Kedepan nanti kita xde dah dengar l*ds full lock lg.. 😁

Want your establishment to be the top-listed Bar/pub in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

NO 372 , Jalan PERUSAHAAN 4, TAMAN BANDAR BARU MERGONG
Alor Setar
05150