Lazdrop Asia
14/07/2026
JAKIM NAFI NOMBOR RUJUKAN FAIL BUKTI PENGIKTIRAFAN MAJLIS ULAMA ROHINGYA MALAYSIA
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelaskan bahawa nombor "JAKIM.PERH/LN.800-7(5)" yang tular di media sosial bukanlah bukti pengiktirafan terhadap Majlis Ulama Rohingya Malaysia (MUR).
Menurut JAKIM, nombor tersebut hanyalah nombor rujukan fail bagi urusan surat-menyurat dan tidak membawa maksud bahawa organisasi berkenaan telah diiktiraf oleh jabatan itu.
JAKIM turut menegaskan bahawa kuasa untuk mendaftarkan serta mengiktiraf sesebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), bukannya JAKIM.
Selain itu, JAKIM memaklumkan bahawa Kad Perakuan Nikah yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Rohingya Malaysia juga tidak diiktiraf oleh jabatan agama Islam negeri-negeri di Malaysia.
Penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai susulan penyebaran dakwaan yang tular di media sosial mengenai status pengiktirafan organisasi berkenaan.
oleh LIPUTAN7
14 Julai 2026
14/07/2026
TIGA PELAJAR SEKOLAH PONDOK DIBAKAR HIDUP-HIDUP OLEH PELAJAR SENIOR, SEORANG MANGSA MAUT KERANA LAPOR KES BULI
Satu kejadian tragis yang didakwa berlaku di sebuah sekolah pondok di Lombok Tengah, Indonesia, mencetuskan kemarahan masyarakat selepas seorang pelajar maut manakala dua lagi mengalami kecederaan parah akibat dibakar oleh seorang pelajar senior.
Menurut laporan, kejadian berlaku apabila tiga pelajar diarahkan memasuki sebuah bilik sebelum suspek didakwa menyimbah petrol ke arah mereka dan menyalakan api. Mangsa mendakwa pintu bilik itu dikunci, menyebabkan mereka bertiga terperangkap dalam kebakaran, manakala suspek berjaya keluar menyelamatkan diri.
Salah seorang mangsa yang terselamat ialah Sahid Al Hudri, 13 tahun, yang mengalami kecederaan melecur pada kira-kira 80 peratus anggota badannya. Ketika ditemui media, Sahid menegaskan kejadian itu bukan satu gurauan atau kemalangan, sebaliknya dilakukan dengan sengaja.
Menurut pengakuannya, tindakan itu dipercayai berpunca daripada dendam selepas dia dan beberapa pelajar lain pernah melaporkan suspek kepada pihak pengurusan sekolah pondok kerana didakwa membuli pelajar lain. Suspek dikatakan pernah mengugut akan membakar mereka jika terus membuat aduan.
Akibat kejadian itu, seorang daripada tiga mangsa disahkan meninggal dunia, manakala dua lagi masih menerima rawatan akibat kecederaan serius.
Lebih menyayat hati, keluarga Sahid yang hidup dalam serba kekurangan terpaksa berhutang bagi menampung kos rawatan yang mencecah puluhan juta rupiah. Ahli keluarga mangsa mendakwa pihak pengurusan sekolah pondok tidak memberikan sebarang bantuan kewangan untuk rawatan mangsa.
Sementara itu, Ketua Lembaga Perlindungan Kanak-Kanak (LPA) Kota Mataram, Joko Jumadi, mengesahkan pihaknya hanya mengetahui kejadian itu selepas video keadaan mangsa tular di media sosial. Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bersama pihak polis.
Polis Lombok Tengah turut mengesahkan siasatan telah dimulakan selepas menerima laporan daripada keluarga mangsa. Beberapa saksi sedang diambil keterangan bagi mengenal pasti punca kejadian dan tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat.
Kes itu mencetuskan kemarahan orang ramai dan mengundang desakan supaya siasatan dijalankan secara telus serta keadilan diberikan kepada semua mangsa.
Video tengok kat tele : https://telegram.me/liputantujuh/101172?single
oleh LIPUTAN7
14 Julai 2026
13/07/2026
Lelaki maut digilis kereta api ketika sedang berak di atas landasan kereta api
Video penuh tengok kat tele: https://t.me/globalkini/535
12/07/2026
Pekerja Maut Dihempap Konkrit Ketika Kerja Merobohkan Kuil Berusia 200 Tahun di India
Seorang pekerja Jabatan Kerja Raya (PWD) India maut selepas dihempap konkrit sebuah kuil berusia kira-kira 200 tahun yang runtuh ketika kerja-kerja perobohan dijalankan di daerah Chandauli, Uttar Pradesh, pada Jumaat.
Mangsa yang dikenali sebagai Baldev Yadav, 58 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kubah Kuil Maa Kali tiba-tiba runtuh ketika sebuah jentera berat sedang menjalankan kerja perobohan sebagai sebahagian daripada projek pelebaran jalan raya.
Seorang lagi pekerja dilaporkan cedera dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Susulan kejadian itu, kerja-kerja perobohan dihentikan serta-merta. Pihak berkuasa turut melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan sama ada prosedur keselamatan dipatuhi sepanjang operasi dijalankan.
Video tengok kat tele : https://t.me/liputantujuh/101067
oleh LIPUTAN7
🇮🇳 India
12 Julai 2026
Click here to claim your Sponsored Listing.