FAMA Negeri Kedah

FAMA Negeri Kedah

Share

03/06/2026
Photos from FAMA Negeri Kedah's post 03/06/2026

๐Ÿฝ๏ธ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—›๐—จ๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ฃ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› โ€œ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐—ข๐—™ ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—งโ€ ๐—™๐—ข๐—ข๐—— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—˜ ๐— ๐—”๐—›๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿฝ๏ธ

Pada 2 Jun 2026, telah berlangsung sesi pemilihan Usahawan Bihun Sup Negeri Kedah โ€œBest of the Bestโ€ Food Empire MAHA 2026 yang melibatkan pencarian usahawan makanan terbaik dan berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat MAHA 2026.

Melalui sesi ini, beberapa premis usahawan makanan yang menawarkan menu ikonik dan popular negeri telah dikenal pasti sebelum menjalani proses penilaian serta pengesahan oleh panel yang terdiri daripada wakil FAMA dan profesional industri makanan.

Program ini bertujuan menonjolkan keunikan warisan kulinari Kedah serta memberi peluang kepada usahawan tempatan memperluaskan pasaran dan mempromosikan produk mereka di platform yang lebih besar.

Turut serta semasa sesi pemilihan YBrs. Encik Shaiful Azhar bin Zolkipli, Pengarah FAMA Negeri Kedah dan Puan Nasriah binti Sidek, Timbalan Pengarah Pembangunan Industri Agromakanan FAMA Negeri Kedah.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua usahawan yang telah menyertai sesi pemilihan ini. Semoga wakil yang terpilih dapat mengharumkan nama Negeri Kedah di pentas Food Empire MAHA 2026.

"Lebuhraya Kulinari: Menikmati Keunikan Rasa, di Setiap Hentian"

"INTEGRITI & INKLUSIVITI: PEMACU KEJAYAAN"

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้™ˆๆณ“็ผฃ
Abdul Rashid Bahri
Dr. Sofee Razak
Asmizal Jaafar
Shaiful Azhar

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
PMO Malaysia
FAMA Malaysia
Galakan Pasaran Dan Kepenggunaan

03/06/2026

2 Jun diisytiharkan sebagai Hari TVET Negara sebagai tanda penghargaan terhadap jasa, sumbangan dan kejayaan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam memacu pembangunan modal insan serta pertumbuhan ekonomi negara.

Sambutan ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peluang latihan kemahiran dan laluan kerjaya TVET, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara agensi pelaksana TVET dan pihak industri dalam mengarusperdanakan TVET sebagai pilihan utama kerjaya.

Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 5 hingga 7 Jun 2026, melibatkan lebih 107 agensi dan pemain industri dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Pejabat FAMA Negeri Kedah, Jalan Perak, Kampung Gunung Sali
Alor Setar
05150