APM Limbang
05/28/2026
KES MUSNAH SARANG SERANGGA (MSS)
KHAMIS, 28 MEI 2026
LIMBANG: Skuad Alpha Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang berjaya memusnahkan sarang tebuan tanah di kawasan kediaman di Kampung Bukit Luba, malam tadi.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 8.27 malam. Bertindak atas maklumat, empat anggota Skuad Alpha yang diketuai oleh Pbt. (PA) Muhamad Hazmi Bin Morendi segera bergerak ke lokasi sejauh 19 kilometer dan tiba pada pukul 8.52 malam.
Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati sarang tebuan tanah sebesar bola sepak berada pada jarak 20 meter dari rumah pengadu. Bagi menjamin keselamatan penghuni, sarang tersebut berjaya dimusnahkan sepenuhnya menggunakan kaedah bakar. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan operasi selesai sepenuhnya pada pukul 9.20 malam.
Keselamatan dan kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi keutamaan kami di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Pihak APM Limbang sentiasa bersiap sedia 24 jam sehari untuk bertindak balas terhadap sebarang bentuk ancaman keselamatan atau bencana demi ketenteraman awam.
Jika ada kecemasan, jangan ragu hubungi APM Limbang di (085-210471) atau talian kecemasan MERS 999.
"WIRA BIRU"
"APM SELAMANYA"
"SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI"
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
LIMBANGfm
Mohtar Samat
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM LIMBANG
05/27/2026
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kelantan (Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) • Terengganu (Hulu Terengganu) • Pahang (Lipis dan Jerantut) • Sarawak: Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat • WP Labuan sehingga 1:00 pagi; Khamis, 28 Mei 2026.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 10:45 malam, 27 Mei 2026
05/27/2026
KES MENANGKAP ULAR (KMU)
SELASA, 26 MEI 2026
LIMBANG: Skuad Bravo Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang berjaya menangkap seekor ular tedung yang menceroboh masuk ke dalam sebuah kediaman di Sk Menuang, Limbang, tengah hari semalam.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian tersebut pada jam 10.54 pagi. Bertindak atas maklumat, empat anggota Skuad Bravo yang diketuai oleh L/kpl. (PA) Amirul Bin Matusin segera bergerak ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 25 kilometer dengan menggunakan logistik LRV (JMC).
Setibanya di lokasi, anggota bertugas telah bertemu dengan pengadu dan dimaklumkan bahawa reptilia berbisa tersebut kali terakhir dilihat berada di ruang tamu rumah. Anggota penyelamat bertindak pantas dan berhati-hati menangkap ular tedung berkenaan dengan menggunakan peralatan menyepit. Mangsa, Encik Jinggan Anak Baning, 63 tahun, berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan sepanjang operasi berlangsung.
Keselamatan dan kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi keutamaan kami di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Pihak APM Limbang sentiasa bersiap sedia 24 jam sehari untuk bertindak balas terhadap sebarang bentuk ancaman keselamatan atau bencana demi ketenteraman awam.
Jika ada kecemasan, jangan ragu hubungi APM Limbang di talian (085-210471) atau talian kecemasan MERS 999.
"WIRA BIRU"
"APM SELAMANYA"
"SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI"
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
LIMBANGfm
Mohtar Samat
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM LIMBANG
05/27/2026
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Kapit (Song), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) • WP Labuan sehingga 6:00 petang; Rabu, 27 Mei 2026.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 3:35 petang, 27 Mei 2026
05/23/2026
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, S*k dan Baling) • Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) • Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) • Terengganu (Besut) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) • Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) • Negeri Sembilan (Jelebu) • Sarawak: Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Sandakan (Tongod) • WP Labuan sehingga 11:00 malam; Sabtu, 23 Mei 2026.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 8:35 malam, 23 Mei 2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Sarawak
98700